Covid 19- Bolehkah majikan anda menolak gaji dalam tempoh perintah kawalan pergerakan? Baca ini

Bolehkah Majikan Menolak Gaji Pekerja Untuk Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 18-31 Mac? Info ini dikongsikan oleh laman Jobs Malaysia.
  • Jawapannya TIDAK BOLEH. Bagi pekerja yang bergaji kurang dari RM2,000 atau buruh, majikan TIDAK BOLEH sama sekali menolak gaji pekerja di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18-31 Mac nanti.

  • Hal ini telah dicatatkan di dalam Seksyen 24 Akta Kerja 1955 yang tidak membenarkan penolakan gaji.

  • Jika majikan berbuat demikian, ianya kesalahan yang boleh didenda RM10,000.


PENOLAKAN HANYA BOLEH DI BUAT JIKA:

Penolakan gaji hanya boleh dibuat jika;

  • Terdapat undang-undang khas yang memperuntukkan sedemikian atau,
  •  Ketua Pengarah Tenaga Kerja membenarkannya atas permohonan majikan.

Setakat ini, tiada undang-undang atau polisi sedemikian.

Akta Kerja 1955 juga hanya terpakai kepada pekerja yang bergaji kurang dari RM2,000 atau buruh tempatan atau asing.

Jika pekerja bergaji melebihi RM2,000, perlu lihat kontrak pekerjaan masing-masing jika ada peruntukan sedemikian utk menolak gaji semasa krisis.

Ataupun majikan akan berunding dengan anda utk selamatkan perniagaan.

Namun, majikan tidak boleh paksa anda jika tiada dlm kontrak
Covid 19- Bolehkah majikan anda menolak gaji dalam tempoh perintah kawalan pergerakan? Baca ini  Covid 19- Bolehkah majikan anda menolak gaji dalam tempoh perintah kawalan pergerakan? Baca ini Reviewed by Admin Mikah on 3/18/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.