Pada pukul 3 petang tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumukan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat. Di bawah ialah antara ringkasan pakej-pakej yang diumumkan Perdana Menteri sebentar tadi
Rujuk juga : JAWATAN KOSONG MAXIS BHD
Rujuk juga : JAWATAN KOSONG MAXIS BHD
- Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.
- Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan
- Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta
- Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan
- Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam
- Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)
- Pengeluaran dari Akaun B sehingga RM1,500 dari setiap penyedia Skim Persaraan Swasta tanpa penalti cukai dari April hingga Disember 2020
- Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan
- Kerajaan benarkan pengeluaran prapersaraaan dari Akaun B Skim Persaraan Swasta (PRS) sehingga RM1,500 setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai bagi tempoh April-Disember 2020
- Bagi unit sewa untuk milik (RTO), penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula April hingga September 2020 dengan jumlah RM5.7 juta.
- Kerajaan bersetuju supaya pengecualian sewaan selama enam bulan terhadap semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain.
- Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020
- Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP
- Kerajaan akan menyalurkan bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020
- Kerajaan akan memberikan bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020
- Penanggungan kos gaji dan lanjutan kontrak selama sebulan bagi kontraktor yang ada kontrak perkhidmatan seperti kebersihan dan bekalan makanan dengan agensi kerajaan
- Kerajaan bersetuju untuk membayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor yang terlibat dengan kontrak perkhidmatan seperti perkhidmatan pembersihan dan bekalan makanan bermasak di agensi kerajaan
- Tambahan RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro dengan kadar faedah 2% tanpa cagaran
- Tambahan RM1 bilion bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS
- Tambahan RM3 bilion kepada Tabung Bantuan Kemudahan Khas (SRF) untuk PKS dan penurunan kadar faedah kepada 3.5%
- Diskaun 50 peratus kepada penggunaan bawah 200 kilowatt sebulan; 25 peratus antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi 301 hingga 600 kilowatt
- Tambahan RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro dengan kadar faedah 2% tanpa cagaran
- Pembayaran levi HRDF bagi semua sektor dikecualikan untuk tempoh 6 bulan mulai Apr 2020. Langkah ini dijangka membantu aliran tunai syarikat dengan penjimatan keseluruhan RM440 juta
- KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan (Employer Advisory Services atau EAS) pada 15 April 2020
- Pembiayaan sehingga RM300,000 untuk PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun bawah skim BizMula-i dan BizWanita-i i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC)
- Kerajaan menyambut baik kesanggupan institusi perbankan untuk menawarkan penangguhan atau moratorium bayaran pinjaman selama enam bulan
Sumber : Astro Awani
Informasi! Ringkasan pakej rangsangan ekonomi kerajaan
Reviewed by Admin Mikah
on
3/27/2020
Rating:

Tiada ulasan: