SKY CASTLE REVIEW (NON SPOILER)

Untuk pertama kali, saya berminat untuk mengulas tentang satu korean drama yang telah saya nonton. Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang minat dengan Korean Drama. Tetapi, drama ini telah dicadangkan oleh seseorang. Jadi saya membuat keputusan untuk menontonnya di Netflix.

Drama yang akan saya review atau ulas pada kali ini ialah "SKYCASTLE".

Drama ini telah diterbitkan pada tahun 2018 dan merupakan antara kdrama yang mendapat jumlah tontonan tertinggi di Korea. 

Secara asasnya, drama ini melibatkan dengan 5 buah keluarga. Keluarga Han Jeo Sin, Lee Soo Im, No Seung Hye, Jin Jin dan keluarga Lee Myung soo. 

  1. Han Seo-Jin berkahwin dengan pakar bedah ortopedik Kang Joon-Sang .  Mereka mempunyai dua anak perempuan.  Han Seo-Jin seolah-olah mempunyai kehidupan yang sempurna, tetapi dia mempunyai rahsia. 
  2. Lee Soo-Im (Lee Tae-Ran) adalah seorang penulis buku kanak-kanak.  Dia memegang kasih sayang dan pertimbangan yang mendalam bagi orang. Lee Soo-Im berkahwin dengan neurosurgeon Hwang Chi-Young . Mereka mempunyai anak lelaki.
  3. No Seung-Hye  berkahwin dengan profesor sekolah undang-undang Cha Min-Hyuk. Suaminya bercakap mengenai keadilan dan kebahagiaan, tetapi dia menyembunyikan sisi yang berbeza. Satu dengan mempunyai egoisme yang melampau. Mereka mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan. 
  4. Jin Jin-Hee berasal dari keluarga kaya.  Ayahnya memiliki bangunan.  Jin Jin-Hee mengagumi Han Seo-Jin dan cuba menyalin apa yang dia lakukan.  Seperti Han Seo-Jin, Jin Jin-Hee berkahwin dengan pakar bedah ortopedik, Woo Yang-Woo.
  5. Manakala Lee Myungsoo seorang suri rumah dan mempunyai suami yang merupakan seorang doktor. Dia juga memiliki seorang anak lelaki

Drama tersebut tentang keluarga yang amat pentingkan pelajaran anak-anak mereka. Manakala perkataan "SKY CASTLE" tersebut merupakan satu taman ataupun kediaman di mana mereka duduk. Bermaksud mereka merupakan jiran. 

Konflik bermula apabila, Lee Myung Soo meninggal dunia dengan cara membunuh diri sendiri. Pada hari selepas pengebumian, suami dan anak kepada Lee Myung Soo telah berpindah daripada Sky Castle ke tempat lain. Manakala, keluarga Lee Soo Im telah berpindah ke rumah Lee Myung Soo. 

Setelah itu, Lee Soo Im tertanya mengapa Lee Myung Soo boleh membunuh diri dan sebagainya. 

Cerita ini semakin menarik apabila, Han Seo Jin telah mengambil Kim Joo Young sebagai guru tuisyen anaknya. Tetapi terdapat misteri disebalik Kim Joo Young ini. Kim Joo Young juga merupakan bekas guru kepada anak Lee Myung Soo.

 Setelah itu, satu demi satu misteri dibongkarkan sehinggalah habis. 
Yang itu anda perlu nonton sendiri apa yang terjadi. Hehe

Secara kesimpulannya, drama ini mengajarkan penonton kenapa ibu bapa perlu tidak terlampau mamaksa anak mereka untuk berjaya dalam pelajaran. Sebagai contoh, watak anak dalam semua keluarga tersebut mereka menghadapi perasaan stress dan sebagainya. 

Tetapi, pengakhiran cerita ini amat baik bagi saya. Pengarah mampu menyelesaikan semua masalah dalam 5 buah keluarga tersebut dengan baik. 

Sebagai contoh, No Seung Hye mampu merendahkan ego suaminya yang begitu ketat terhadap pelajaran anak mereka. Pendekatan Lee Soo Im yang tidak mengambil guru tuisyen kepada anaknya begitu baik yang penting anaknya tersebut fokus ketika di kelas. 

Saya dapat bagi rating 4.8/5 bintang untuk drama ini. Seriusss best!!! 



SKY CASTLE REVIEW (NON SPOILER) SKY CASTLE REVIEW (NON SPOILER) Reviewed by Admin Mikah on 4/13/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.