Malaysia catat jumlah kes baharu Covid - 19 seramai 109 orang

Kes wabak COVID-19 di negara ini terus mencatat perkembangan positif apabila jumlah pesakit yang pulih daripada wabak berkenaan setakat ...



Kes wabak COVID-19 di negara ini terus mencatat perkembangan positif apabila jumlah pesakit yang pulih daripada wabak berkenaan setakat Khamis melebihi rekod jangkitan baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, sebanyak 121 kes dilaporkan bebas daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan pulang, sekali gus menjadikan individu yang pulih daripada wabak berkenaan  ialah 1,608 orang atau 36 peratus.

“Sehingga 9 April 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 109 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,228 kes.

“Ini bermakna, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

"Sehingga kini, seramai 72 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 43 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, dua lagi kematian dilaporkan di negara ini akibat COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 67 kes atau 1.58 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa kes ke-66 dan ke-67 masing-masing merupakan warganegara Malaysia.


  1. “Kes kematian ke-66 (kes ke-2798) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 59 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun dan beberapa penyakit kronik yang lain.Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Sri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 9 April 2020 jam 5 pagi.
  2. Kes kematian ke-67 (kes ke-2864) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 23 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit tiroid.Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif COVID-19 (iaitu kes ke2469 dan kes ke-2470) dan merupakan kes generasi kelima kluster persidangan gereja di Kuching, Sarawak (beliau bukan peserta persidangan ini).Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 9 April 2020 jam 9.42 pagi,” katanya.

COMMENTS

banner image
Nama

Aeon,2,Agama,5,Agro Bank,1,Audit,1,Bantuan,211,Bantuan Bukan Kerajaan,1,Belanjawan 2021,15,BPR,5,Covid-19,15,Drama,2,e-wallet,1,Ebit Lew,2,F&B,4,Fastfood,1,IN,1,Informasi,171,IPT,9,Jawatan Kosong,13,JKM,4,Johor,19,Kedah,9,Kelantan,11,Kerajaan,77,Kerani,5,Kerjakosong,5,Kesihatan,5,KFC,1,Kilang,17,Kuala Lumpur,20,KWSP,12,Labuan,1,Maybank,3,Melaka,6,MySalam,1,Negeri Sembilan,22,Oil & gas,4,p,1,Pahang,10,Panduan,1,Pasar Raya,2,Pemandu,8,Pendidikan,4,Penerbangan,1,Pengajar,4,Penjawat Awam,1,Perak,15,Perbankan,5,Perlis,3,Pertanian,4,Perumahan,2,Pesara,1,Politik,2,Pulau Pinang,13,Puspakom,2,Putrajaya,2,Review,2,RHB,1,Sabah,20,Sarawak,15,Selangor,35,Seluruh Negeri,31,SPA,8,Swasta,124,Syarikat pengeposan,7,Telekomunikasi,5,Temuduga,1,Terengganu,10,Top Glove,2,Trending,18,Viral,3,
ltr
item
Kerjaya Semasa !: Malaysia catat jumlah kes baharu Covid - 19 seramai 109 orang
Malaysia catat jumlah kes baharu Covid - 19 seramai 109 orang
https://1.bp.blogspot.com/-hvJS0_xvfT4/Xo7xZnZhHPI/AAAAAAAAASg/Wi5yCN6AkcoWvgfWjn2zJgHIQ1Ct7tFdgCNcBGAsYHQ/s320/Adobe_Post_20200409_1756330.7935902620984354.png
https://1.bp.blogspot.com/-hvJS0_xvfT4/Xo7xZnZhHPI/AAAAAAAAASg/Wi5yCN6AkcoWvgfWjn2zJgHIQ1Ct7tFdgCNcBGAsYHQ/s72-c/Adobe_Post_20200409_1756330.7935902620984354.png
Kerjaya Semasa !
https://www.kerjasemasa.com/2020/04/malaysia-catat-jumlah-kes-baharu-covid.html
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/2020/04/malaysia-catat-jumlah-kes-baharu-covid.html
true
2291011223639926336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content