MR SUNSHINE SHORT REVIEW (NON SPOILER)

"The greatest and noble one" antara kalimat kepada Eugene Choi.

Mr Sunshine telah meninggalakn satu kesan yang mendalam kepada saya. Sehingga hari ini, saya tidak boleh move on daripada drama ini walaupun telah habis menontonnya sekitar 2 minggu lalu. 

Oleh itu, drama yang akan saya review kali ini ialah Mr Sunshine. 

Drama ini berlatar belakang tahun 1860 - 1910 pada waktu Joseon ditentang oleh Jepun. 


Jalan cerita drama ini mengenai seorang pemuda iaitu Eugene Choi yang berdarah Joseon yang telah menjadi warga Amerika sejak muda lagi. Kemudian, dia telah kembali ke Joseon /Korea sebagai askar Amerika untuk membunuh seorang spy Amerika dan perlu menetap di sana

Tetapi, pada waktu dia ingin menembak sasaran tersebut dia terserempak dengan seorang perempuan berpakaian seperti ninja yang juga ingin menembak sasaran itu. 

Setelah itu, bermulalah kisah di mana dia menjejaki siapakah wanita tersebut. 

Jika anda melihat pada gambar di atas terdapat 5 watak utama dalam drama ini. 

Eugene Choi lakonan Lee Byung Hun merupakan seorang askar Amerika yang berdarah Joseon. 

Terdapat kisah sedih bagaimana dia boleh menjadi seorang Amerika.

 Dia merupakan seorang anak hamba/kuli yang terpaksa melarikan diri kerana nyawanya diancam serta ibu bapanya dibunuh dengan kejam. 



Lady Ae Sin lakonan Kim Tae Ri merupakan anak orang kaya di Joseon. 

Ibu bapanya di bunuh ketika dia masih bayi. Dia dibesarkan oleh datuknya dan 2 penjaganya. 

Terdapat kisah misteri disebalik watak Ae Sin yang ayu tersebut. 

Dia telah bertemu dengan Eugene Choi ketika di Joseon dan terpaksa berpisah selama-lamanya. 


Goo Dong Mei lakonan Yoo Yeon Seok. Seorang lelaki samurai yang telah memendam lama perasaan cinta kepada Ae Sin. 

Seorang yang berhati kering kepada orang ramai tetapi sebenarnya sangat lembut ketika bertemu Ae Sin. 


Watak ini ialah Hee Na seorang wanita pemilik hotel di mana Eugene Choi menginap. 

Wataknya yang pada mulanya dianggap sebagai 'antagonist' padahal tidak. 


Kim Hee Sun lakonan Byun Yo Han merupakan tunang Ae Sin yang telah kembali dari Jepun untuk menikahi Ae Sin. Terdapat konflik dimana pernikahan tersebut gagal. 


PERKARA YANG MENARIK / BEST DI DRAMA INI 

  1. Walaupun drama ini tiada adegan-adegan seperti bercium/bercumbu. Tetapi para penonton tetap akan merasai perasaan kasih sayang dalam drama ini. 
  2. Drama yang mampu mengalirkan air mata. Setiap episod, drama ini akan menghadirkan babak di mana para penonton perlu bersedia untuk menahan air mata. 
  3. Sinematografi yang begitu bagus dengan berlatar- belakangkan zaman 1850 an. 
  4. Keserasian antara pelakon juga tidak dapat ditolak. 
  5. Jalan cerita yang begitu menarik. Setiap masalah diselesaikan dengan menarik. Tetapi, drama ini dimulakan dengan kisah yang sedih tetapi juga diakhiri dengan kisah yang sedih. Maksudnya, drama ini akan diakhiri dengan bad ending. Tetapi bad ending dalam drama ini sangat tinggi kerana terdapat nilai patrotisma. 
Anda boleh menonton drama ini di Netflix dan pelbagai saluran. Jujur anda tidak akan menyesal. 

Saya bagi 5/5 bintang kepada drama ini.

Terima kasih sudi membaca. Selamat menonton. 




MR SUNSHINE SHORT REVIEW (NON SPOILER) MR SUNSHINE SHORT REVIEW (NON SPOILER) Reviewed by Admin Mikah on 4/18/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.