PERUTUSAN KHAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


Pada hari ini, 10 April 2020 Perdana Menteri telah memaklumkan untuk menambah lagi 2 minggu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 15 April ke 28 April 2020.

Beliau menambah, walaupun keadaan jangkitan COVID-19 semakin menurun di negara, tetapi kita harus sentiasa berhati-hati kerana wabak ini bukan sahaja negara kita yang alami tetapi seluruh dunia.

Oleh itu, bulan puasa tidak lama menjelma hampir 2 minggu lagi. Beliau menegaskan, rakyat tidak perlu untuk pergi ke bazaar ramadan dan solat terawih di masjid. Maka dengan itu kita perlu solat terawih di rumah serta berbuka puasa.

Selain itu, beliau ambil peduli kepada sesetengah rakyat yang kehilangan punca pendapatan kerana berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan ini. Oleh itu dalam beberapa hari akan datang, kerajaan akan membuka kembali sektor-sektor terpilih untuk menjalankan perniagaan secara berperingkat dengan pengawasan yang perlu diambik kira.


PERUTUSAN KHAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PERUTUSAN KHAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN Reviewed by Admin Mikah on 4/10/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.