Ketahui cara membuat permohonan dan semakan - 11 Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarat Malysia



Tahukah anda, kerajaan telah melancarkan 11 jenis bantuan bagi membantu rakyat ke arah pembangunan yang merupakan satu kerja sosial.

Tanpa melengahkan masa, berikut adalah 11 senarai bantuan serta kelayakan yang diberikan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

1) Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Kadar bantuan :

Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak- kanak.

Kriteria Kelayakan:
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

2) Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Kadar Bantuan:
RM400 sebulan setiap orang.
Kriteria Kelayakan:
  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah;
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
3) Bantuan Orang Kurang Upaya yang berdaya untuk kerja (BTB)

Kadar bantuan:
RM250 sebulan setiap orang.

Kriteria kelayakan:
  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang Kad OKU JKM;
  • Tidak berupaya bekerja.
  • Pemohon bukan penghuni/ pelatih Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
4) Bantuan penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) kronik / bantuan pesakit kronik

Kadar bantuan:
RM350 sebulan setiap orang

Kriteria kelayakan:
  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
5) Bantuan orang tua (BOT) 

Kadar bantuan:
RM350 sebulan setiap orang.

Kriteria kelayakan:
  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM; atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
6) Bantuan am persekutuan (BA) 

Kadar bantuan
RM 100 sebulan setiap orang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga. 

Kriteria kelayakan:
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

7) Bantuan anak pelihara (BAP)
Kadar bantuan:
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Kriteria kelayakan:
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-
  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
  • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
  • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
8) Bantuan latihan perantis (BLP)

Kadar bantuan:
RM200 sebulan setiap orang

Kriteria kelayakan:
  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
9) Bantuan geran pelancaran (BGP)

Kadar bantuan:
Maksimum RM2,700 sekaligus.

Kriteria kelayakan:
  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
10) Bantuan alat tiruan / alat sokongan (BAT)

Kadar bantuan:

Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.

Kriteria kelayakan:
  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
  • Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;   ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

11) Tabung bantuan segera (TBS)
Kadar bantuan:
Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.

Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.

CARA MEMBUAT PERMOHONON BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Layari laman web eBantuanJKM

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang telah didaftarkan oleh pemohon akan dijalankan siasatan terlebih dahulu untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Pemohon WAJIB HADIR ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat secara atas talian.

 Kegagalan menghadirkan diri ke pejabat akan menyebabkan sistem membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dokumen Yang Diperlukan
Sila bawa dokumen berikut ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat:

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)


Muat turun borang permohonan Jabatan Kebajikan Malaysia disini

Untuk membuat permohonan secara online, pemohon boleh muat turun borang yang disertakan di bawah  beserta dokumen yang diperlukan.(Klik Dibawah)


Cara membuat semakan status permohonan :

Kepada yang telah membuat permohonan dan perlu untuk menyemak status permohonan, ia boleh diakses secara online. 

  1. Semakan Online
Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda dan seterusnya menekan butang 'semak'. 

Ketahui cara membuat permohonan dan semakan - 11 Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarat Malysia Ketahui cara membuat permohonan dan semakan - 11 Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarat Malysia Reviewed by Admin Mikah on 5/09/2020 Rating: 5

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.