Panduan Pendaftaran i-Suri KWSP Serta Insentif RM480




Suri rumah ialah ibu-ibu yang menguruskan anak dirumah yang tidak mempunyai pendapatan secara tetap. Manakala pendapatan bulanan hanya didapati daripada suami mereka.

Kerjasama kerajaan bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan i-Suri KWSP untuk membantu para suri rumah mempunyai wang simpanan demi masa depan mereka.


Apakah itu i-suri kwsp?

Menurut laman rasmi KWSP, i-Suri merupakan produk dari KWSP yang telah diperkenalkan selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.
I-suri juga bertujuan untuk membantu para wanita yang tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa dan menjamin masa depan mereka. Banyak faedah yang mereka akan dapat melalui pendaftaran i-suri KWSP. Tapi tertakluk pada syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP.

Syarat Kelayakan

Ada beberapa syarat telah ditetapkan untuk anda memohon i-Suri ini, tak cukup syarat yang diberi berkemungkinan permohonan anda tidak akan lulus, antara syaratnya adalah.
  • Warganegara Malaysia.
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).

Tambahan : Suri rumah hanya dibolehkan pilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.
Siapa Yang Boleh Mencarum :
  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak

Had Bayaran

Had bayaran ni seperti berapa minimum dan maksimum had bayaran jika anda daftar dalam i-suri
  • Minimum (RM sahaja): Tiada had
  • Maksimum (RM sahaja): RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Manfaat Caruman Sukarela

  • Dapat dividen tahunan
  • Dapat Bantuan Hilang Upaya
  • Dapat Bantuan Kematuan
  • Pengeluaran Simpanan
  • Insentif Kerajaan
*Manfaat jika anda ahli KWSP – dapat menikmati dividen tahunan, dan layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan insentif kerajaan sebanyak RM480 setahun

Cara Mohon / Daftar

Jika anda merupakan individu yang layak, boleh baut permohonan atau pendaftaran ahli KWSP/i-Suri di mana-mana kaunter KWSP berdekatan
Nak bawa apa masa pergi daftar?
  • Mykad
  • Borang :


Mengapakah terdapat Insentif Suri (i-Suri)?

+ Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mengiktiraf peranan dan perjuangan suri rumah dalam membantu mereka mempunyai kehidupan yang lebih dan sejahtera.

Bagaimana pihak kerajaan mengkreditkan caruman tersebut ke dalam akaun ahli?

+ KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2.

Saluran Pembayaran Caruman

  • Perbankan Elektronik : Pemindahan wang secara elektronik seperti Maybank, PB, RHB Bank, Bank Muamalat, Cimb Bank
  • Kaunter Ejen Bank : Tunai/Cek seperti di BSN, Maybank, PB, dan RHB Bank
  • Ejen Bank Berdaftar : Ejen Bank (EB) BSN
  • Kaunter KWSP : Tunai (Maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Maklumat Lanjut

Berkenaan I- Suri
  • Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Suri Boleh Layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)
Berkenaan Kelayakan Insentif i-Suri
  • Untuk maklumat berkenaan kelayakan insentif, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (03-80008000)

Panduan Pendaftaran i-Suri KWSP Serta Insentif RM480 Panduan Pendaftaran i-Suri KWSP Serta Insentif RM480 Reviewed by Admin Mikah on 6/28/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.