Pelbagai reaksi yang diberikan oleh rakyat ketika pengumuman tarikh pembayaran BSH fasa 3 pada 24 Julai 2020 yang lalu. Selain berita kegembiraan yang didengari terdapat juga berita yang agak mengecewakan. Antara masalah yang dihadapi oleh rakyat ialah pembayaran BSH kurang daripada jumlah asal yang sepatutnya dibayar, Sebagai contoh, pembayaran hanya diberi RM 600 sahaja berbanding jumlah asal RM 1000. Oleh itu, pihak LHDN telah membuat penjelasan mengenai masalah di atas.
- Kes Status Bertukar
Tapi, ramai yang mula risau kerana status mereka di portal Bantuan Sara Hidup telah bertukar kepada sebaliknya.
Ini memberi tekanan kepada mereka yang sentiasa menunggu bantuan ini dan terus terusan bertanya mengenai status mereka.
Sejak selesai pembayaran FASA 2 sebelum ini, semua status penerima ditukarkan kepada “Kelulusan akan dimaklumkan” oleh pihak Bantuan Sara Hidup.
Selepas mendapat keterangan daripada pihak BSH, mereka maklumkan hal ini kerana TIDAK SEMUA penerima FASA 1 dan FASA 2 yang akan layak menerima FASA 3 ini.
Namun, rayuan akan dibuka dan kelulusan akan dipertimbangkan. Oleh itu, jangan risau sekiranya status kita bertukar kepada Tidak Lulus atau Tiada Rekod dan sebagainya.
Pada 7 Ogos nanti, rayuan akan dibuka dan kita boleh membuat permohonan rayuan.
- Pembayaran Tak Sama Walaupun Pendapatan Di Bawah RM 2000
Kes yang berlaku di mana pembayaran BSH yang diterima tidak sama seperti yang dimaklumkan dan dijanjikan pihak BSH.
Setelah diteliti, terdapat beberapa kes dimana terdapat pengguna yang salah buat kiraan dan pengurangan daripada LHDN sendiri.
Ada pengguna yang mengharapkan jumlah yang diperolehi FASA 3 ini merupakan jumlah keseluruhan termasuk FASA 1 dan FASA 2 sedangkan SUDAH diterima sebelum ini.
Namun, bagi mereka yang layak, tetapi BELUM mendapat BSH di FASA 1 dan 2, akan diberikan SEKALIGUS.
- Bayaran Tambahan
Ada juga kes, di mana penerima mengharapkan bayaran tambahan dengan jumlah SETIAP anak yang mereka ada. Hakikatnya, bayaran tambahan untuk anak adalah untuk :
ANAK YANG LAYAK (Bawah 18 TAHUN)
4 ORANG ANAK SAHAJA (Maksima)
Tidak kurang juga bila mana ada yang memuat naik status tidak faham dengan kiraan, ada yang mengatakan bayaran berperingkat namun ternyata ia tidak benar sama sekali.
PUNCA PEMBAYARAN BSH 2020 KURANG - PENJELASAN LHDN
Reviewed by Admin Mikah
on
7/27/2020
Rating:

Saya pun duit dapat kurang
BalasPadamSya pun dpt bsh kurang n gji suami mmg x pernah pun sampai rm2000.anak kmi ada 4 org sepatutnya fasa3 ni kmi dpt rm1080 tpi kmi dpt pula rm830
BalasPadamSaya ibu tunggal anak 3,ank umur 7,11 dan 17 tahun gaji bawah 2000,tapi dapat anak sorang je..patut dapat rm960 tapi dapat rm720 je..
BalasPadamSaya langsung tidak dapat, walaupun di sahkan lulus
BalasPadamKnp tiada tmbhan byaran ank dan byran 100?
BalasPadamSaya pun sama,patut dapat 720,tapi masuk 420 je
BalasPadamSaya pun sama,patut dapat 720,tapi masuk 420 je
BalasPadam