Cara Mohon i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri

i-Saraan KWSP merupakan salah satu inisiatif di bawah Skim PENJANA yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada Mei.



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berharap insentif geran padanan yang diberikan ini akan mendorong lebih ramai pekerja sektor berkenaan mencarum dalam program ini.

Apa Itu i-Saraan KWSP ? 

Insentif Persaraan (i-Saraan) dengan Caruman Sukarela membolehkan anda suri rumah dan yang bekerja sendiri (tiada pendapatan tetap) untuk tetap membuat caruman seperti pekerja awam dan swasta setiap bulan.

Sebagai ahli insentif atau pencarum, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% atau jumlah maksima sebanyak RM 250 setahun.


Manfaat-Manfaat i-Saraan KWSP 

  • Menyediakan saluran persaraan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk mencarum sendiri.
  • Anda mampu menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda.
  • Membolehkan anda menerima insentif sebanyak 15% atau RM 250 setahun.
  • Bantuan kematian sebanyak RM 2,500 tertaklut terma dan syarat KWSP

Senarai Golongan Mereka Yang Bekerja Sendiri 

Di bawah merupakan senarai mereka yang bekerja sendiri dan boleh membuat permohonan i-Saraan :
  1. Petani / Nelayan / Pemandu teksi dan e-hailing
  2. Pengasuh bayi
  3. Ejen insurans dan hartanah
  4. Freelancer (penyanyi, pelakon, perunding, jurulatih kesihatan. deeajay)
  5. Pemilik perniagaan dalam talian
  6. Pemilik perniagaan
  7. Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
  8. Suri rumah
  9. Pekerja berpencen
Syarat-Syarat Kelayakan 
  • Warganegara Malaysia 
  • Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
  • Pencarum KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah

Cara Mohon i-Saraan 

Kepada yang berminat untuk memohon i-Saraan, anda boleh hadir ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan bersama dokumen di bawah :
  • MyKad
  • Borang i-Saraan - KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama sahaja) KLIK DISINI
  • Borang i-Saraan - KWSP 6A (2) ( Semasa Bayaran) KLIK IDISINI
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunan borang tidak diperlukan)
  • Minimum pembayaran - Tiada had
  • Maksimum pembayaran - RM 60,000 setahun untuk semua pencarum
Semoga artikel ini mampu membantu anda untuk membuat permohonan i-Saraan. Selamat maju jaya kami ucapkan.
Cara Mohon i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri Cara Mohon i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri Reviewed by Admin Mikah on 8/26/2020 Rating: 5

5 ulasan:

  1. Kalau nk Mohon i-saraan Tu..tp dia xde kwsp,,,blh ke??

    BalasPadam
  2. Boleh ke jika saya ingin membuat permohonan i-Saraan secara ats talian tanpa hadir di mana2 pejabat kwsp

    BalasPadam
  3. Saya tak berkerja boleh ke saya dapat

    BalasPadam
  4. Saya tak bekerja boleh ke saya dapat

    BalasPadam
  5. Macam mana nak isi borong permohonan i saraan dalam talian??

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.