Pembayaran i-Lestari Bulan September 2020




Berdasarkan maklumat daripada KWSP, tarikh bayaran i-Lestari bulan September bermula daripada 1 September 2020. Ramai yang sudah menerima bayaran i-Lestari bagi bulan Ogos 2020.

Jadual Pembayaran i-Lestari 

Sebelum membuat semakan pembayaran i-Lestari, adalah lebih baik jika anda memahami dahulu jadual pembayaran di bawah ini :

  • Bayaran pengeluaran akan dimajukan ke bank bermula 1 September 2020 secara berperingkat.
  • Anda perlu berhubung terus dengan pihak KWSP jika akaun bank anda tidak aktif atau dibekukan.
  • Jika pada 1 September, anda belum masih menerima pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat dan anda perlu tumggu beberapa hari lagi.


Cara Semakan Status Pembayaran i-Lestari Secara Online
  1. Anda perlu layari laman web rasmi i-Lestari secara online melalui pautan yang diberikan disebelah https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php  
  2. Anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit yang disahkan.
  3. Klik captcha "saya bukan robot" dan klik butang semak.


Cara Pembatalan Pengeluaran i-Lestari 

  • Maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari terdahulu tidak akan dipaparkan, 
  • Anda perlu memastikan mempunyai maklumat permohonan pengeluaran terdahulu sebagai rujukan.
  • Bayaran bulanan akan terus terhenti dengan pembatalan.
  • Sekiranya kaedah bayaran semasa adalah Arahan Bayaran, pembatalan boleh dilakukan  di Kaunter KWSP melalui Janji Temu Online.
  • Jika anda ingin membuat permohonan semula setelah pembatalan, permohonan semula i-Lestari boleh dibuat pada hari berikutnya setelah pembatalan.
  • PEMBATALAN PENGELUARAN i-LESTARI



Pembayaran i-Lestari Bulan September 2020 Pembayaran i-Lestari Bulan September 2020 Reviewed by Admin Mikah on 8/27/2020 Rating: 5

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.