Perdana Menteri Usul Bantuan JKM ke RM 1,000

Sandakan : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan agar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang pada masa ini berjumlah RM 200 - 300 dinaikkan ke RM 1,000.

Beliau berkata, cadangan tersebut akan beliau kemukakan pada mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

Katanya, kenyataannya itu mampu memberikan implikasi yang besar tetapi tidak peduli.


"Apa yang penting kehidupan rakyat kita di akar umbi, mereka sudah sengsara terlalu lama. Mereka ini manusia yang masih hidup tetapi dengan pendapatan yang kecil sukar untuk hidup."

"Kalau mereka sakit, saya tidak jamin mereka akan hidup sejahtera," katanya ketika berucap sempena Majlis Perjumpaan Pimpinan Masyarakat bersama Perdana Menteri di Sandakan, di sini hari ini.

Beliau begitu sedih dengan keadaan golongan B40 walaupun telah lama merdeka. Usaha membantu golongan ini merupakan aspirasi kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perdana Menteri Usul Bantuan JKM ke RM 1,000 Perdana Menteri Usul Bantuan JKM ke RM 1,000 Reviewed by Admin Mikah on 9/01/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.