Permohonan Bantuan KISS 2020 : Kasih Ibu Smart Selangor 2020

Salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu rakyatnya untuk meringankan beban ialah dengan melancarkan satu kad yang digelarkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS). Tahukah anda, program ini khas kepada kaum ibu yang berpendapatan B40.

Bantuan yang diberikan ialah dalam bentuk baucar pembelian barang-barang keperluan asas di pasar raya yang telah ditetapkan.



Bantuan yang diberi ialah berjumlah RM 200 sebulan atau RM 2,400 selama setahun. Bantuan ini ialah berbentuk kad.

Pendaftaran Bantuan KISS

Terdapat 2 cara permohonan yang disediakan iaitu secara online atau manual

Secara Online

Pautan untuk membuat permohonan online terdapat di laman web tertera http://kiss.com.my/

Secara Manual

Anda perlu memuat turun borang permohonan kemudian cetak dan isi dengan lengkap borang tersebut. Setelah selesai, anda perlu menghantar borang berkenaan ke Pejabat Ahli Dun / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Selangor

Kriteria Syarat Permohonan KISS


  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Negeri Selangor ataupun telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  3. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  4. Haruslah seorang wanita yang berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun
  5. Pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,000
  6. Berdaftar sebagai pemohon BSH

Senarai Kedai / Pasar Raya Di Bawah Program KISS 2020

Terdapat 703 buah kedai atau pasar raya yang telah berdaftar di bawah KISS.

Permohonan Bantuan KISS 2020 : Kasih Ibu Smart Selangor 2020 Permohonan Bantuan KISS 2020 : Kasih Ibu Smart Selangor 2020 Reviewed by Admin Mikah on 8/19/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.