Permohonan Online Dan Manual Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Berjumlah RM 450

Kepada ibu yang bakal bersalin atau yang telah bersalin, anda layak untuk menerima bantuan bernilai RM 450 daripada kerajaan Negeri Sarawak.



Bantuan yang dinamakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini telah bermula pada 1 Januari 2020 yang lalu.


Syarat Kelayakan 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus 'K' atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus 'K' (Sarawak Connection)
  3. Melahirkan bayi sama ada di luar negeri Sarawak atau di dalam.
  4. Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin.

Cara Memohon Bantuan BIB 

Terdapat 2 kaedah permohonan yang disediakan iaitu : 
  1. Permohonan secara online melalui Permohonan Online. Pemohon hanya perlu mengisi maklumat yang diberikan.
  2. Permohonan secara manual pula, pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat / Pejabat Residen / Pejabat Daerah / KWKPK
Perhatian !

Para pemohon haruslah mengambil perhatian kepada beberapa maklumat di bawah :
  • Permohonan ini hanya dibuka kepada ibu yang melahirkan pada 2020
  • Tempoh permohohan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin
  • Hanya ibu sahaja yang dibenarkan untuk memohon
  • Butiran yang diberikan haruslah sahih
Pertanyaan Lanjut

Anda boleh melayari laman web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak di https://kwkpk.sarawak.gov.my/

Permohonan Online Dan Manual Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Berjumlah RM 450 Permohonan Online Dan Manual Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Berjumlah RM 450 Reviewed by Admin Mikah on 8/16/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.