Bantuan Orang Kurang Upaya Dan Pesakit Kronik Bakal Dinaikkan Sehingga RM 1,000 ? Rujuk Sini

Seperti yang anda sedia maklum, terdapat 11 inisiatif bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara salah satu bantuan daripada 11 bantuan tersebut ialah Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Kronik / Pesakit Kronik



Tambahan pula, pada minggu terakhir bulan Ogos 2020 Perdana Menteri telah membuat satu kenyataan rasmi bahawa beliau akan mengemukakan usul kenaikan jumlah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sedia ada kepada RM 1,000.

Jika perkara ini dapat direalisasikan, jenis 11 bantuan termasuk bantuan ini juga akan meningkat sehingga RM 1,000.

Informasi Lengkap Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya / Pesakit Kronik 

Kadar Bantuan

Setakat ini jumlah bantuan yang diterima berjumlah :

  • RM 350 sebulan (Setiap individu)
Semak Syarat Kelayakan Disini :
  • Warganegara Malaysia 
  • Menetap di Malaysia
  • Pemohon merupakan penjaga sepenuh masa / memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar / pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan.
  • Berpendapatan tidak melebihi RM 3,000 - Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita.
Cara Membuat Permohonan Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Pesakit Terlantar

Cara untuk membuat permohonan iaitu secara online (atas talian) dan setelah itu perlu pergi kemana-mana cawangan JKM yang berdekatan


1. Secara Online (Atas Talian)
  • Layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat disini :
  • Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
  • Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi. 
  • Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
  • Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang 'Keputusan'
2. Manual
  • Pemohon atau wakil perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut daerah mana yang anda telah pohon secara online.
  • Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online yang telah dilakukan di atas.
  • Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda perlu muat turun di bawah :

Pemohon atau wakil perlu datang bersama dokumen-dokumen yang diperlukan antaranya :
  • Salinan MyKad pemohon.
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama pemohon.
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan jika bekerja sendiri
  • Salah satu bil utiliti (air/ elektrik/ astro) yang menunjukkan alamat rumah.
  • Salinan Kad / Surat OKU atau mana-mana bukti yang perlu dibawa
  • Mana-mana dokumen lain yang dirasa perlu dibawa selain dokumen di atas.

Semoga informasi di atas mampu memudahkan anda untuk membuat proses permohonan. Terima kasih
Bantuan Orang Kurang Upaya Dan Pesakit Kronik Bakal Dinaikkan Sehingga RM 1,000 ? Rujuk Sini Bantuan Orang Kurang Upaya Dan Pesakit Kronik Bakal Dinaikkan Sehingga RM 1,000 ? Rujuk Sini Reviewed by Admin Mikah on 9/11/2020 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Saya zalani bin daud nak semak permohonan batuan jkmpe sakit kronik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya name ZALANI BIN DAUD saya ada sakit jantung dan sakit kronik saya tidak dapat kerja saya ada anak isteri saya jadi saya betul betul perlu kan batuan ni

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.