MyFutureJobs : Program Pengambilan Pekerja (PENJANA)









Daftar Penjana Kerjaya sekarang. Berita baik buat para graduan dan penganggur yang sedang mencari pekerjaan. 

Hal ini kerana baru-baru ini YAB Perdana Menteri telah mengumumkan berkaitan dengan Program Intensif Pengambilan Pekerja, Penjana Kerjaya, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKSO) menggesa kepada semua yang berkenaan untuk membuat pendaftaran secara atas talian di Portal MyFutureJobs PERKESO. Perkara ini telah dimulakan pada 15 Jun lalu.

Objektif Program

Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Tahukah anda, program ini adalah hasil kerjasama yang berlaku antara pihak Kementerian Sumber Manusia dan pihak PERKESO bagi tujuan mengurangkan kadar pengangguran di negara.


Cara Daftar  Penjana Kerjaya MyFutureJobs (Online)

Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi MyFutureJobs (https://www.myfuturejobs.gov.my/


Jumlah Insentif Yang Diberikan Kepada Majikan 

Insentif sebanyak RM 600 sebulan diberikan sehingga tempoh 6 bulan.

Perkara Yang Menarik Di MyFutureJobs

Antara perkara yang menarik pada program ini ialah kerajaan memberikan kita pilihan dalam memilih jenis pekerjaan yang kita ingin. Hampir semua jenis jawatan ditawarkan.

Selain itu, program ini juga bukan sahaja melibatkan kerajaan tetapi juga ratusan majikan. Anda boleh memilih majikan yang anda ingin. Anda hanya perlu cari majikan yang anda berminat.


Seterusnya, gaji permulaan yang disediakan juga menarik tetapi bergantung kepada majikan. Anda perlu memilih majikan yang sesuai agar berbaloi. Sudah tentu, caruman PERKESO juga pasti akan disediakan.Anda tidak perlu risau sekirnya anda berasa majikan anda bakal tidak menyediakan PERKESO.

Jawatan kosong yang disediakan bukan hanya berada di pusat bandar tetapi turut terdapat di pekan-pekan di Malaysia. Boleh dikatakan kekosongan jawatan tersedia di seluruh Malaysia bergantung dengan majikan.


MyFutureJobs : Program Pengambilan Pekerja (PENJANA) MyFutureJobs : Program Pengambilan Pekerja (PENJANA) Reviewed by Admin Mikah on 9/19/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.