Panduan Pembayaran & Pembatalan i-Lestari Oktober 2020


Anda ingin tahu tentang tarikh pembayaran i-Lestari Bulan Oktober 2020 ? Kita sudah sedia maklum bahawa RM 500 sebulan daripada pengeluaran i-Lestari ini sangat berguna kepada penerima untuk menampung kos sara hidup.


Berdasarkan maklumat daripada KWSP, tarikh bayaran i-Lestari bulan Oktober bermula daripada 1 Oktober 2020. Ramai yang sudah menerima bayaran i-Lestari bagi bulan September 2020.

Baca juga : Syarat Kelayakan GKP 2.0

Jadual Pembayaran i-Lestari 

Sebelum membuat semakan pembayaran i-Lestari, adalah lebih baik jika anda memahami dahulu jadual pembayaran di bawah ini :
  • Bayaran pengeluaran akan dimajukan ke bank bermula 1 Oktober 2020 secara berperingkat.
  • Anda perlu berhubung terus dengan pihak KWSP jika akaun bank anda tidak aktif atau dibekukan.
  • Jika pada 1 September, anda belum masih menerima pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat dan anda perlu tunggu beberapa hari lagi.

Cara Semakan Status Pembayaran i-Lestari Secara Online


  1. Anda perlu layari laman web rasmi i-Lestari secara online melalui pautan yang diberikan disebelah https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php  
  2. Anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit yang disahkan.
  3. Klik captcha "saya bukan robot" dan klik butang semak.
Baca juga : BPN 2.0

Cara Pembatalan Pengeluaran i-Lestari 
  • Maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari terdahulu tidak akan dipaparkan, 
  • Anda perlu memastikan mempunyai maklumat permohonan pengeluaran terdahulu sebagai rujukan.
  • Bayaran bulanan akan terus terhenti dengan pembatalan.
  • Sekiranya kaedah bayaran semasa adalah Arahan Bayaran, pembatalan boleh dilakukan  di Kaunter KWSP melalui Janji Temu Online.
  • Jika anda ingin membuat permohonan semula setelah pembatalan, permohonan semula i-Lestari boleh dibuat pada hari berikutnya setelah pembatalan.
  • PEMBATALAN PENGELUARAN i-LESTARI

Panduan Pembayaran & Pembatalan i-Lestari Oktober 2020 Panduan Pembayaran & Pembatalan i-Lestari Oktober 2020 Reviewed by Admin Mikah on 9/28/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.