Pendaftaran MySalam 2020 (Skim Perlindungan)




MySalam

MySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah B40 dan M40 menerusi Dana Amanah mySalam.

Tujuan MySalam adalah untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal. Perlindungan ini adalah untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat penyakit yang dihidapi.

Jenis Bantuan Skim MySalam

  1. Menerima bayaran sehingga had maksimum RM 8,000 yang diagihkan dalam tempoh masa yang akan diumumkan.
  2. Bayaran harian untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun pada kadar RM 50 sehari atau RM 700 setahun.

Syarat Kelayakan Penerima MySalam

1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM 24,000 setahun.
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM 24,000 setahun.
2. Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan sehingga RM 100,000 setahun.
Manfaat Penerima MySalam

1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Penyakit kritikal RM 8,000 one off + hospitalisasi RM 50 untuk maksimum 14 hari
2. Bukan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Penyakit kritikal RM 4,000 + hospitalisasi RM 50 untuk maksimum 14 hari.
Tarikh Permohonan mySalam (Penerima BSH)
  • Tarikh Buka : 1 Mac 2019
  • Tarikh Tutup : 31 Disember 2023


Cara Pendaftaran MySalam 

1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Penerima BSH yang layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam my Salam
  • Aplikasi Pendaftaran Online Untuk Mendaftar : https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  • Semua penerima yang berkelayakan mendaapt skim ini akan dimaklumkan menggunakan sistem SMS bermula 1 Mac 2019. 
  • Tetapi jika anda layak tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh menghantar emel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938.
2. Bukan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Pendaftaran telah ditutup. Harap maaf.




Pendaftaran MySalam 2020 (Skim Perlindungan) Pendaftaran MySalam 2020 (Skim Perlindungan) Reviewed by Admin Mikah on 9/02/2020 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Saya penerima bantuan BSH tetapi akuan bank atas nama isteri duit bantuan di terima macam penerima lain...
    Blan 1 saya terlibat kemalangan lalu biat kliem 10hari jumlah rm 500 duduk hospital saya mohon dalam talian dan terima sms..dukacita dimaklumkan kliem bantuan bayaran tidak lulus kerna nama saya senarai hitam...PERSOALAN saya kenape BHS saya boleh terima bayaran bantuan tapi tidak di mysalam bagi kliem bayaran hospital

    Sekian

    BalasPadam
  2. Saya penerima bantuan BSH tetapi akuan bank atas nama isteri duit bantuan di terima macam penerima lain...
    Blan 1 saya terlibat kemalangan lalu biat kliem 10hari jumlah rm 500 duduk hospital saya mohon dalam talian dan terima sms..dukacita dimaklumkan kliem bantuan bayaran tidak lulus kerna nama saya senarai hitam...PERSOALAN saya kenape BHS saya boleh terima bayaran bantuan tapi tidak di mysalam bagi kliem bayaran hospital

    Sekian

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.