Siapa yang tak nak bina rumah lagi-lagi atas tanah sendiri. Ramai diantara kita memiliki tanah persendirian tetapi tidak mempunyai kos bela...
Siapa yang tak nak bina rumah lagi-lagi atas tanah sendiri. Ramai diantara kita memiliki tanah persendirian tetapi tidak mempunyai kos belanja untuk mendirikan sebuah rumah.
Oleh itu, kerajaan telah menyediakan skim pinjaman perumahan bagi golongan berpendapatan rendah.
Skim Pinjaman Perumahan (SPP) ini bertujuan bagi membantu kepada mereka yang berpendapatan rendah bagi memiliki rumah pertama sendiri.
Syarat Kelayakan Permohonan :
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Berumur 21 hingga 71 tahun
- Bekerja dan mempunyai pendapatan
- Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan
- Belum mempunyai rumah
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM 1,000.00 hingga RM 3,000.00 sebulan
- Memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga
Syarat Pinjaman :
- Had pinjaman maksimum RM 60,000 (tidak termasuk perlindungan insurans)
- Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
- Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman
- Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insurans
Syarat Pembinaan Rumah :
- Rumah kos rendah - Keluasan lantai 700- 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur
- Perlu menggunakan pelan yang disediakan Jabatan Perumahan Negara sahaja
- Perumahan tidak boleh menggunakan pelan sendiri
- Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
- Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN
- Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah
- Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM 5,000
- Kontraktor memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan
Permohonan Skim Pinjaman
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
BAHAGIAN PENGURUSAN PERUMAHAN
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
ARAS 30, NO 51 PERSIARAN PERDANA PRESINT 4,
62100 PUTRAJAYA
TEL : 03-8000 8000
FAKS : 03-8891 4269
E-mel : spp@kpkt.gov.my
Bagaimana cara utk memohon Dan sy pekerjaan seperti sy layak ke
BalasPadamMacam mana kita nak memohon pinjaman tu
BalasPadamUTK bina rumah
Dengan gaji saya boleh ka buat memohon pinjaman rumah
BalasPadamKalau tanah sendiri ade rumah kayu Tapi ubah nak buat rumah batu...mcm tu bantuan pinjaman ni boleh dapat Ka...
BalasPadamMcm mna nk mohon
BalasPadamMacamana nk mohon sbb sy umh kayu..klu roboh buat smula blh x..
BalasPadamMacamana nak mohon..umah dah lama kayu..nak roboh kan..
BalasPadamMamcmna caranya nak memohon.sya perlu sbb anak dah 3 org..blm ada rumah sndri
BalasPadammacam mana nak mohon... xboleh muat turun borang.. kat atas tu ade tulis "muat turun borang disini" tapi xbole klik ape2 pun
BalasPadamMcm mn nk dpt borang.. xde link or borang pn kt cni
BalasPadamMacam mana saya nak mohon bantuan umah ni
BalasPadam