Terdapat berita baik kepada anda yang sedang bekerja dalam sektor swasta, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan dana untuk pembelian rumah pertama melalui Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau lebih dikenali skim MyHome.
Skim ini merupakan insentif yang bernilai sehingga RM 30,000 untuk setiap unit rumah yang mahu dibeli.
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)
Skim ini telah diumumkan oleh bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib pada perbentengan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.
Pembinaan lebih banyak rumah mampu milik dikalangan sektor swasta merupakan objektif kerajaan mewujudkan skim ini.
Pada tahun 2015, kerajaan Barisan Nasional telah mengeluarkan peruntukkan berjumlah RM 300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.
Skim ini telah dibuka pada 20 Januari 2020 lalu
Syarat Kelayakan Skim MyHome 2020
Anda boleh rujuk maklumat di bawah yang menerangkan tentang syarat kelayakan yang dikenakan untuk membuat permohonan :

- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Pembelian rumah pertama
- Membuat permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah
- Calon yang memohon hendaklah mengikut ketetapan pendapatan isi rumah bagi MyHome 1 dan MyHome 2
Anda haruslah membuat permohonan di atas mengikut syarat kelayakan dikenakan kerana setiap permohonan akan disemak oleh Pegawai Atas Tertinggi JPN, KPKT dan Kementerian Kewangan / Kerajaan Negeri / Wakil Bahagian Dasar KPKT / Wakil Pemaju Perumahan.
Ciri-Ciri Rumah MyHome 2020
Ciri-ciri rumah yang dibina adalah dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Cara Membuat Permohonan
Setiap permohonan yang dilakukan haruslah disertakan beberapa dokumen sokongan seperti :
- Salinan kad pengenalan pemohonan dan pasangan (jika berkahwin)
- Salinan surat nikah (jika berkahwin)
- Salinan kad OKU / Surat pengesahan OKU (jika berkenaan)
- Salinan surat akaun sumpah bekerja sendiri
- Salinan surat pengesahan majikan
- Salinan penyata gaji terbaru
- Salinan penyata KWSP atau cukai pendapatan
- Salinan surat pencen (jika berpencen)
- Salinan sijil kelahiran
- Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan
Semua dokumen haruslah dimuat naik ke sistem MyHome :
Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi nombor berikut 03-8891 4027/ 4054/ 4055/ 4062/ (Pejabat KPTKT)
Terima Kasih.
Permohonan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) 2020
Reviewed by Admin Mikah
on
9/13/2020
Rating:

Salam, Sy mohon rumah teres kos rendah mampu milik, saya tiada rumah sendiri, anak2 sudah membesar mohon bantuan agar kami dpt perolehi kediaman kami sekeluarga seperti yg di pohon.. sekian. Terima kasih.
BalasPadam