Semakan Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang September

Tahukah anda, golongan B40 Sarawak telah menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang atau BKSS yang telah bermula pada April 2020.



Bantuan ini berjumlah RM 250 bagi yang telah berkahwin dan RM 500 bagi bujang. Pemberian insentif daripada Kerajaan Negeri tidak lain dan tidak bukan untuk meringankan beban golongan B40 di Sarawak. 

Pembayaran bantuan di atas akan dibayar secara bulanan sehingga September 2020 iaitu selama 6 bulan. 

Kepada mereka yang belum membuat permohonan bantuan ini, permohonon baharu belum dibuka setakat ini dan anda perlu peka dengan informasi terkini.

Oleh itu mari kita semak kelayakan BKSS ini 

Kelayakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) :
  • Merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak
  • Merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).
  • Berumur 21 tahun sehingga 60+ tahun
  • Pendapatan bulanan untuk kategori bujang ialah RM 2,000 dan ke bawah 
  • Manakala pendapatan bulanan bagi isi rumah bernilai RM 4,000 dan ke bawah

Semakan Online Pembayaran BKSS :

Semakan pembayaran ini hanya boleh dilaksanakan secara online dan tidak boleh melalui SMS.

Berikut ialah cara membuat semakan :
Anda dinasihatkan membuat semakan pembayaran BKSS dengan melihat baki dalam bank.

Tarikh Bayaran BKSS :


Pembayaran bantuan ini akan dilakukan pada tanggal 15 setiap bulan bermula Julai hingga September. Jika bayaran anda tidak masuk pada tanggal 15, anda tak perlu risau kerana pembayaran dilakukan secara berperingkat dan tidak bermaksud akan masuk pada tanggal 15.


Berikut ialah jadual pembayaran BKSS yang akan berakhir pada September 2020 :
  • Bayaran Pertama : 15 April
  • Bayaran Kedua : 15 Mei
  • Bayaran Ketiga : 15 Jun
  • Bayaran Keempat : 15 Julai
  • Bayaran Kelima : 15 Ogos
  • Bayaran Keenam : 15 September
Bulan ini merupakan bulan terakhir penerima menerima bantuan. Tarikh permohonan baharu bagi tahun 2021 akan dibuka kelak. 

Semoga informasi di atas mampu memudahkan anda membuat urusan berkenaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).


Semakan Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang September Semakan Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang September Reviewed by Admin Mikah on 9/15/2020 Rating: 5

6 ulasan:

  1. Pmbyaran untuk September nie....nyaa sia jak...

    BalasPadam
  2. Saya belum masuk bulan 8 9 tak ada masuk akaun bank

    BalasPadam
  3. saya pun belum masuk juga...

    BalasPadam
  4. Kmk fasa 2 pun belom masok gk.. G BSN check x da data.. Cmney ya..?? Cney tuju duit ya.. Lelah2 jak beratur kat bank dgan harapan tapi balit dgan kehampaan.. Janji tinggal janji kh..

    BalasPadam
  5. Dari dulu asyik dalam proses je...org yang kerja semak tu buat apa ntah,,brapa bulan dh ni..mentri yg terbabit tak peka isu ni ke..lain kali,kalau tak boleh bagi,jgn janji..

    BalasPadam
  6. Saya pun belum masuk bulan 8 dan bulan 9 pergi bank bebaris macam org bodo cek..cek"kosong! Habuk pun tada...bila nk bagi arrrgh!!!?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.