1 Juta Dekoder MYTV Bakal Ditambah. Semak Sekarang !



Kerajaan bercadang untuk menambah sejuta lagi dekoder MYTV untuk siaran televisyen percuma MyFreeview.

Ini kerana permintaan yang tinggi daripada rakyat terutama  mereka yang tinggal di kawasan luar bandar begitu berminat untuk mendapat perkhidmatan percuma ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Tambah beliau, kementeriannya akan memastikan perkhidmatan siaran digital berkualiti itu akan diterima di semua kawasan tanpa terganggu.

"Sekarang ini permintaan MyFreeview cukup tinggi. Kerajaan telah memohon tambahan sebanyak satu juta lagi (dekoder) untuk kita beri perkidmatan percuma kepada rakyat terutama di luar bandar untuk permintaan itu"


Semakan Dan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma

Semakan status dekoder MYTV percuma boleh dibuat melalui pautan berikut :

Berikut merupakan langkah-langkah membuat semakan :
  1. Masukkan nombor kad pengenalan anda untuk membuat semakan.
  2. Klik butang semak.
1 Juta Dekoder MYTV Bakal Ditambah. Semak Sekarang ! 1 Juta Dekoder MYTV Bakal Ditambah. Semak Sekarang ! Reviewed by Admin Mikah on 10/22/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.