Bantuan JKM Bakal Dinaikkan Ke RM 1,000? Senarai Bantuan Dan Cara Permohonan




Setiap bantuan JKM bakal dinaikkan dari RM 300 ke RM 1,000 ?

Ada ura-ura mengatakan benda ini boleh terjadi disebabkan pengumuman Perdana Menteri tempoh hari yang akan membincangkan hal ini pada mesyuarat jemaah menteri.

Buat masa sekarang, bantuan JKM masih kekal antara RM 200 hingga RM 300 seorang.

Di bawah merupakan senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, termasuklah dan akan dibayar secara bulanan :

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) -  RM 100 Seorang
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) - RM 400
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) - RM 250
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) - RM 350
  5. Bantuan Orang Tua (BOT) - RM 350
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA) - RM 100 Seorang
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) - RM 350
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) - RM 200
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP) - RM 2,700 (Sekaligus)
  10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS) - Maksimum RM 20,000

Cara Membuat Permohonan Bantuan Orang Tua (BOT)

Cara untuk membuat permohonan iaitu secara online (atas talian) dan setelah itu perlu pergi kemana-mana cawangan JKM yang berdekatan


1. Secara Online (Atas Talian)
  • Layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat disini :
  • Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
  • Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi. 
  • Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
  • Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang 'Keputusan'
2. Manual
  • Pemohon atau wakil perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut daerah mana yang anda telah pohon secara online.
  • Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online yang telah dilakukan di atas.
  • Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda perlu muat turun di bawah :

Pemohon atau wakil perlu datang bersama dokumen-dokumen yang diperlukan antaranya :
  • Salinan MyKad pemohon.
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama pemohon.
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan jika bekerja sendiri
  • Salah satu bil utiliti (air/ elektrik/ astro) yang menunjukkan alamat rumah.
  • Jika sakit atau tidak bekerja, dapatkan salinan laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kerajaan atau swasta.
  • Mana-mana dokumen lain yang dirasa perlu dibawa selain dokumen di atas.

Semoga informasi di atas mampu memudahkan anda untuk membuat proses permohonan. Terima kasih

Bantuan JKM Bakal Dinaikkan Ke RM 1,000? Senarai Bantuan Dan Cara Permohonan Bantuan JKM Bakal Dinaikkan Ke RM 1,000? Senarai Bantuan Dan Cara Permohonan Reviewed by Admin Mikah on 10/20/2020 Rating: 5

5 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.