Bantuan Komputer Riba Buat Siswa Golongan B40

 


Seiring dengan keputusan pihak Kementerian Pengajian Tinggi, semester pertama untuk tahun akademik 2020/2021 akan bermula pada Oktober 2020.

Namun, semua pembelajaran akan dijalankan secara online sehingga 31 Disember 2020





Kempen "Laptop4siswa"

Memahami penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik dan terdapat golongan pelajar yang kurang berkemampuan, ADUN Bukit Gasing iaitu Y.B Tuan Rajiv a/l Rishyakaran dengan kerjasama StandUp Malaysia kini melancarkan kempen Laptop4siswa

Syarat Kelayakan 

Antara syarat kelayakan yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut :

  1. Terbuka kepada semua pelajar di Malaysia 
  2. Memiliki kad identiti / kad pengenalan yang sah
  3. Memiliki surat tawaran belajar di universiti
  4. WAJIB sertakan slip gaji ibu bapa
  5. Pelajar dari keluarga B40
  6. Tidak berkemampuan membeli komputer riba / tiada komputer riba
  7. Keluarga yang ada lebih dari seorang di dalam keluarga perlu mengikuti kelas dalam talian
Cara Membuat Permohonan
Pendaftaran bagi pelajar yang ingin memohon Laptop4siswa, permohonan dibuka sehingga 21 Oktober 2020

Permohonan juga boleh dibuat melalui : Permohonan Laptop4siswa

atau Follow @standupmy di Instagram atau find #Laptop4Siswa di Twitter

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi StandUp Malaysia ditalian 014-669 1320
atau emel kepada standup.genderviolence@gmail.com

Anda juga boleh hubungi pejabat ADUN Bukit Gasing di talian 03-79547490 atau emel kepada help@bukitgasing,my


Bantuan Komputer Riba Buat Siswa Golongan B40 Bantuan Komputer Riba Buat Siswa Golongan B40 Reviewed by Admin Mikah on 10/11/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.