Borang Permohonan Kepada Pemohon Baru BPN 2.0 Secara Manual

 




Permohonan Baharu BPN 2.0 sudah bermula. Permohonan dibuka bermula daripada 15 Oktober sehingga 15 November 2020.

Permohonan ini dibuka selama sebulan. Ini bermaksud, anda tidak perlu tergesa-gesa membuat permohonan kerana anda mempunyai tempoh masa yang panjang. 

Oleh itu anda perlu mengisi permohonan baharu tersebut dengan berhati-hati dan mengisi segala butiran yang diperlukan.

Kaedah Permohonan Baharu

Terdapat 2 kaedah yang boleh dilakukan untuk membuat permohonan baharu BPN 2.0.

  1. Secara atas talian menerusi portal rasmi BPN 2.0
  2. Secara manual / pergi ke mana-mana cawangan LHDN berdekatan atau UTC.
Muat Turun Borang Permohonan Untuk Pemohon Manual

Kepada para pemohon yang akan membuat permohonan secara manual. Anda boleh mendapatkan borang permohonan di bawah.

Tetapi sebelum itu, anda juga sudah boleh membuat semakan BPN 2.0 bagi pemohon lama disini : Semakan BPN 2.0

Para pemohon manual, dapatkan dan muat turun borang permohon disini : Borang Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Info tambahan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan ketika permohonan.

Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh kementerian Kewangan Malaysia.

Kepada Pemohon Yang Berada Di Kawasan PKPD/PKPB ?

Terdapat saranan daripada LHDNM kepada anda. Rujuk di sini : Saranan LHDNM
Borang Permohonan Kepada Pemohon Baru BPN 2.0 Secara Manual Borang Permohonan Kepada Pemohon Baru BPN 2.0 Secara Manual Reviewed by Admin Mikah on 10/15/2020 Rating: 5

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.