LHDN Saran Permohonan Baru BPN 2.0 Dilakukan Secara Dalam Talian

 


Untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0, tiada permohonan baru diperlukan kepada yang telah menerima bantuan BPN 1.0 yang lalu. Manakala, bagi bukan penerima BPN 1.0, permohonan baru perlu dilakukan mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyatakan permohonan baharu boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu atas talian (online) atau secara manual melalui mana-mana Cawangan LHDNM, PKH atau UTC di negara.



Kini, LHDNM menyarankan permohonan baharu BPN 2.0 dibuat secara atas talian. Hal ini kerana peningkatan semula wabak COVID-19 di negara yang telah memasuki gelombang ketiga.

Saranan serta pengetahuan ini adalah bagi bakal pemohon yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dalam pada itu, pemohon boleh menyemak syarat kelayakan serta cara permohonan baru BPN 2.0 di Permohonan Baharu BPN 2.0

Manakala, bagi pemohon lama yang akan mendapat BPN 2.0 pada hujung Oktober ini, anda boleh membuat semakan keputusan pada 15 Oktober (Khamis) di Semakan BPN 2.0


LHDN Saran Permohonan Baru BPN 2.0 Dilakukan Secara Dalam Talian LHDN Saran Permohonan Baru BPN 2.0 Dilakukan Secara Dalam Talian Reviewed by Admin Mikah on 10/14/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.