Perjuangan Barisan Hadapan Di Sabah Capai Tahap Kritikal - Tan Sri Dr Noor Hisham

 


Kuala Lumpur : Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perjuangan petugas barisan hadapan dalam menentang pandemik COVID-19 di Sabah kini mencapai tahap krtikal.

Beliau berkata beberapa strategi dan pendekatan akan diambil untuk memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di negeri itu.

"Strategi kami berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti serta memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memerketatkan sempadan negeri dan daerah" katanya menerusi hantaran Twitter, hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 561 kes baharu di negara ini dengan Sabah mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 488 kes.

Perjuangan Barisan Hadapan Di Sabah Capai Tahap Kritikal - Tan Sri Dr Noor Hisham Perjuangan Barisan Hadapan Di Sabah Capai Tahap Kritikal - Tan Sri Dr Noor Hisham Reviewed by Admin Mikah on 10/12/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.