Permohonan & Semakan iSuri RM 480




Bantuan iSuri KWSP kini kembali diteruskan demi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah untuk mengiktiraf pengorbanan mereka.


Jumlah Bantuan Keseluruhan 

  • Pembayaran sebanyak RM 480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2020.
  • Tahukah anda, bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM 2,500.
  • Penerima iSuri juga turut akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.
  • Bantuan hilang upaya turut disediakan

Syarat Kelayakan iSuri KWSP
Kepada sesiapa yang berminat membuat pendaftaran iSuri ini, anda perlu mempunyai kelayakan telah ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah eKasih
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
Siapa Yang Boleh Mencarum ?
  • Suami bagi pasangan yang layak
  • Diri sendiri (Isteri)
Borang Pendaftaran & Cara Permohonan

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa MyKad serta dua borang berikut:
  1. Borang i-Suri - KWSP 16G(M) BORANG (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  2. Borang i-Suri - KWSP 6A (2) BORANG (Semasa pembayaran)
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkataan kerajaan Pakatan Harapan telah memperuntukkan RM 20 juta bagi menjayakan program ini.

Caruman ini akan melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.

Pembayaran Caruman 

Bagi melayakkan suri rumah untuk mendapat RM 40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM 5 sebulan atau RM 60 setahun.

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga kaedah berikut :
  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.
Peringatan !
  • Pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem eKasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (balu, bercerai ataupun bujang)
Semakan Status Pedaftaran iSuri
  1. Anda perlu layari portal rasmi e-kasih di pautan berikut -Semakan Online
  2. Anda perlumasukkan maklumat No Kad Pengenalan dan klik cari untuk semak pendaftaran

Permohonan & Semakan iSuri RM 480 Permohonan & Semakan iSuri RM 480 Reviewed by Admin Mikah on 10/16/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.