Sarawak Teruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 4.0 Sehingga Disember

 


Alhadulillah, kerajaan Negeri Sarawak menerusi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Setuju melanjutkan BKSS sehingga Disember.

Seperti yang sedia maklum, BKSS terdahulu hanyalah akan dibayar sehingga September 2020 tetapi sekarang telah lanjutkan sehingga Disember

Kuching : Sarawak mengambil keputusan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sehingga Disember 2020 dengan tambahan kos RM 104.84 juta.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johori Tun Openg berkata, lanjutan itu melibatkan tujuh langkah yang diperluas di bawah BKSS 2020.

Menurutnya, tujuh langkah itu adalah diskaun bil elektrik dan air; diskaun 50 % kadar sewa perumahan HDC; bantuan RM 500 sektor e-hailing; diskaun sewa kepada penjaja; pemansuhan yuran lesen dan permit  serta pemansuhan sewa PKS yang beroperasi di premis milik kerajaan negeri.

"Sepanjang enam bulan lalu, kerajaan GPS menerima maklum balas positif daripada masyarakat dan pasukan petugas barisan hadapan yang mendapat manafaat daripada BKSS"

"Saya harap dengan lanjutan BKSS hingga hujung tahun ini akan memudahkan kehidupan rakyat di Sarawak yang terkesan akibat pandemeik COVID-19" katanya.

Beliau berkata ketika sidang media BKSS 2020 pada Jumaat.

Sarawak Teruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 4.0 Sehingga Disember Sarawak Teruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 4.0 Sehingga Disember Reviewed by Admin Mikah on 10/23/2020 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Bantuan bkss rm250 tak di teruskan kah..ramai rakyat di Facebook mengadu bertanya untuk kepastian

    BalasPadam
  2. Yang status rayuan msih ditapiskan tu, dpt ke tau rm500 tu sbb dr bln 4 xbtukar2 status

    BalasPadam
  3. hingga disember ke ? yg xda acc bank mcm mne

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.