Semakan Rayuan BSH Fasa 3 Bermula November



Ramai yang tertanya-tanya tentang tarikh keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup Fasa 3. Terdapat pelbagai pendapat serta khabar angin yang tidak tepat. Oleh itu, kami telah cuba dapatkan info terbaru tentang bilakah pemohon dapat mengetahui keputusan rayuan mereka. Rujuk info di bawah.




Keputusan Rayuan BSH Fasa 3 

Berdasarkan maklumat sahih yang diperolehi daripada LHDN melalui panggilan telefon kepada pegawai LHDN yang bertugas, beliau memaklumkan bahawa pemohon boleh membuat semakan rayuan BSH fasa 3 bermula pada 

  • November 2020 
Selain itu, LHDN juga akan menampalkan notis atau informasi berkaitan semakan rayuan BSH diluar pejabat LHDN. Notis tersebut juga memaklumkan bahawa tarikh semakan boleh dibuat pada November 2020.

Walaupun tidak dijelaskan secara terperinci tarikh semakan dan bayaran bagi kes rayuan BSH 2020, maklumat ini juga mampu memberi informasi yang cukup kepada semua pemohon. Kami akan sentiasa maklumkan kepada anda sekiranya terdapat informasi terbaru yang diterima.

Syarat Kelayakan Permohonan Rayuan BSH :

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM 4,000 sebulan dan ke bawah
  • Memiliki pasangan yang warganegara Malaysia (Mykad) atau memiliki (MyPR/MyKAS)
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)

Syarat kelayakan anak dan hubungan dengan anak mestilah :
  • Anak kandung atau anak angkat yang berdaftar di JPN
  • Warganegara Malaysia
  • Tiada punca pendapatan
  • 19 tahun ke atas masih belajar di Universiti Awam
Semakan Permohonan Rayuan BSH 2020

Bagi anda yang telah membuat permohonan rayuan, anda boleh semak status permohonan anda di portal rasmi Bantuan Sara Hidup bermula November 2020

Layari : https://bsh.hasil.gov.my/ dan anda perlu memasukkan kad pengenalan untuk membuat semakan. 
Semakan Rayuan BSH Fasa 3 Bermula November Semakan Rayuan BSH Fasa 3 Bermula November Reviewed by Admin Mikah on 10/12/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.