Putrajaya, 24 Okt - Terdapat 1,228 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat ke 25,742 ke...
Putrajaya, 24 Okt - Terdapat 1,228 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat ke 25,742 kes
Daripada angka tersebut, Sabah mencatat kes positif tertinggi iaitu sebanyak 889 kes dikesan di mana 500 kes melibatkan kluster-kluster termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu.
Selain itu, 254 kes adalah daripada saringkan kontak-kontak rapat kes positif dan 136 kes lagi daripada lain-lain saringan.
Untuk info bagi negeri-negeri lain, daripada 1,228 kes
- Selangor - 76 kes
- Labuan - 21 kes
- Sarawak - 8 kes
- Johor - 7 kes
- Melaka - 3 kes
- Kuala Lumpur - 19 kes
- Perak - 10 kes
- Pulau Pinang - 23 kes
- Kedah - 76 kes
- Sabah - 889 kes
Manakala, sebanyak 671 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan angka kumulatif sembuh meningkat ke 16,555 kes bersamaan 64.3 %.
Daripada jumlah tersebut, 449 kes sembuh adalah di Sabah, 83 di Selangor serta 68 di Pulau Pinang.
COMMENTS