Apa Akan Berlaku Sekiranya Belanjawan 2021 Ditolak ? Ini Jawapannya ....

 


Setelah pembentangan Belanjawan 2021 oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu, pelbagai reaksi telah kita lihat daripada ahli parlimen dan rakyat Malaysia sendiri.

Pihak pembangkang sudah tentu akan kritik dan semak imbang Belanjawan 2021 ini kerana ia adalah proses normal yang perlu dilakukan oleh mereka sebagai pihak pembangkang.

Namun, kali ini bukan sahaja pihak pembangkang yang melontarkan kritikan Belanjawan 2021 tetapi beberapa pihak kerajaan juga turut menyuarakan pendapat dan kritikan pedas terhadap belanjawan tersebut. 

Umum tahu disebabkan pandemik COVID-19 ramai rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan. Disebabkan itu rakyat menginginkan kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan sekurang-kurangnya RM 10,000 tanpa syarat daripada Akaun 1 mereka. Ya, kerajaan memang membenarkan pengeluaran itu tetapi ia bersyarat(ks). Hal ini menyebabkan ramai rakyat yang terkesan marah dengan tindakan tersebut.

Oleh itu, Dato Seri Mohd Najib serta beberapa ahli parlimen lain membawakan suara rakyat ini ke dalam sidang parlimen.

Jika dilihat daripada situasi ini, kemungkinan besar ramai ahli parlimen daripada pihak kerajaan akan tidak setuju dengan Belanjawan 2021. Ditambah dengan pihak pembangkang yang memang tidak akan setuju, sudah tentu Belanjawan 2021 akan kehilngan majoriti / ditolak.

Sekiranya ini terjadi, apa yang akan berlaku kelak?

Apa Akan Terjadi Sekiranya Belanjawan 2021 Ditolak oleh Parlimen ?

Mengikut ulasan yang diberikan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad iaitu Ahli Parlimen Setiawangsa beliau berkata :

"Jika Kerajaan gagal untuk luluskan Belanjawan 2021 di Parlimen, ia akan dianggap sama seperti undi tidak percaya kepada Kerajaan PN.

Mengikut Perlembagaan, Kerajaan baharu yang boleh mendapatkan sokongan majoriti Ahli Parlimen akan dilantik atau pilihan raya akan diadakan. 

Dengan bilangan kes Covid yang masih sangat tinggi yang menjadikan pilihan raya dalam waktu terdekat sesuatu yang mustahil — tiada apa-apa yang menghalang sebuah kerajaan baharu untuk dibentuk dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Tetapi adakah penjawat awam dan barisan hadapan akan mendapat gaji mereka dan adakah rakyat akan menerima wang bantuan mereka?

Pada tahun 1999, tidak lama selepas Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2000 di Parlimen, PM pada masa itu, Dr Mahathir Mohamad membubarkan Parlimen sebelum Belanjawan tersebut diluluskan. 

Belanjawan itu hanya dibentangkan semula dan diluluskan pada bulan Disember (lewat dari Oktober/November yang biasa) dan kewangan kerajaan beroperasi seperti biasa pada tahun berikutnya.

Oleh itu, jika sebuah Kerajaan Persekutuan dibentuk berikutan penolakan Belanjawan 2021 Perikatan Nasional, mereka boleh mengusulkan belanjawan baharu untuk diluluskan oleh Parlimen."

YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Ahli Parlimen Setiawangsa

Apa Akan Berlaku Sekiranya Belanjawan 2021 Ditolak ? Ini Jawapannya .... Apa Akan Berlaku Sekiranya Belanjawan 2021 Ditolak ? Ini Jawapannya .... Reviewed by Admin Mikah on 11/25/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.