Cara Mohon Lanjutan Moratorium B40,M40 dan PKS

 


Selain daripada pengumuman yang menggembirakan oleh Menteri Kewangan berkaitan kebenaran pengeluaran RM 10,000 daripada Akaun 1 KWSP.

Terdapat satu lagi berita penting yang mungkin anda terlepas. Ia merupakan lanjutan moratorium yang rakyat tuntut selain daripada isu KWSP. 

Kebenaran Lanjutan Moratorium

Kerajaan telah meluluskan kebenaran lanjutan moratorium atau lanjutan bayaran balik pinjaman untuk B40,PKS dan M40.

Menurut Tengku Zafrul :

"Kerajaan memberi komitmen akan terus mengadakan sesi libat urus bersama industri perbankan. Bersama-sama, kami akan memastikan ketersediaan untuk membantu rakyat sekiranya keadaan bertambah mencabar(ks)".

Walaubagaimanapun, B40 dan PKS akan mendapat kelulusan secara automatik, Manakala, M40 perlu membuat pengisytiharan kendiri.

Lanjutan Moratorium Kepada B40 dan PKS

Bagi golongan B40 dan peniaga kecil, dua golongan ini akan mendapat kelulusan(ks) lanjutan moratorium bayaran secara automatik.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda kurang yakin atau tidak pasti, anda boleh menelefon pihak bank untuk bertanya berkaitan soalan berkenaan.

Kepada mereka yang tidak ingin melakukan lanjutan moratorium, anda boleh menelefon pihak bank untuk pembatalan.

Moratorium Kepada M40

Bagi golongan  M40, mereka hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri atau self-declaration tanpa memerlukan sebarang dokumen.

Apa itu self-declaration ?

Self-declaration atau pengisytiharan sendiri bermaksud pemohon perlu menghubungi pihak bank dan membuat pengakuan berdasarkan(ks) soalan yang diberikan untuk memohon moratorium mengurangkan bayaran bulanan.

Bank akan mengambil kira pendapatan individu dan pasangan.

Sebarang pertanyaan, anda perlu menghungi terus ke bank anda.








Cara Mohon Lanjutan Moratorium B40,M40 dan PKS Cara Mohon Lanjutan Moratorium B40,M40 dan PKS Reviewed by Admin Mikah on 11/27/2020 Rating: 5

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.