Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMM), Bayaran Bulanan Serendah RM 300 Sahaja

 


Objektif utama program ini adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti petani,nelayan dan juga keluarga miskin yang tinggal di rumah usang atau tidak mempunyai tanah bagi membina rumah sendiri yang lebih selesa dan sempurna. 

Syarat Kelayakan Permohonan RMR
  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / tinggal di rumah usang
  5. Tanah bersesuaian dan bebas dari gadaian ke atasnya. Jika anda bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada pemilik tanah.
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (mengikut reka bentuk)
  7. Bagi pemohon dari Semenanjung, jika pemohon pertama berumur 42 tahun ke atas, pemohon kedua haruslah berumur 18-42 tahun.
  8. Bagi pemohon dari Sabah,Sarawak dan kawasan pulau, jika pemohon pertama 38 tahun maka pemohon kedua haruslah berumur antara 18-38 tahun.
Perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Memohon
  1. Anda perlu menyediakan jalan masuk ke tapak & memastikan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  2. Anda perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  3. Anda perlu membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  4. Anda perlu membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan.
Cara Daftar RMR
  1. Pergi ke portal rasmi SPNB : https://rmr.spnbonline.com.my/
  2. Klik pada salah satu pautan "Pendaftaran Baru"
  3. Isikan Borang Pendaftaran Login dibawah dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID untuk sistem RMR1M ini.
  4. Pilihan negeri dan parlimen mestilah mengikut alamat tapak cadangan bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia nanti.
  5. Akhir sekali, klik butang "Daftar" untuk menghantar pendaftaran login.
  6. Satu email mengandungi butiran login dan kata laluan akan dihantar kepada email pendaftaran anda.
  7. Gunakan login ID dan kata laluan tersebut ketika log masuk laman utama Sistem Pendaftaran RMR1M.
  8. Selepas pendaftaran login, satu borang pra-pendaftaran akan dimuat turun. Sekiranya borang tersebut tidak dimuat turun secara automatik, klik pada pautan yang disediakan.
  9. Borang Pra-Pendaftaran tersebut mengandungi Surat Aku Janji Pemohon, Surat Akaun Pelepasan Tuan Tanah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar.
  10. Lengkapkan semua borang di atas dan imbas salinan ke bentuk (jpg,bmp dan lain-lain).
Cara Mohon RMR 
  1. Masuk semula ke portal rasmi SPNB : https://rmr.spnbonline.com.my/
  2. Untuk log masuk ke dalam sistem, gunakan alamat penuh email pendaftaran anda sebagai ID Pengguna.
  3. Gunakan pula kata laluan yang telah diemailkan(ks) kepada anda semasa pendaftaran login.
  4. Dah login anda boleh isi borang permohonan rumah mesra rakyat secara online terus.
  5. Untuk panduan pengguna lebih lanjut, boleh rujuk disini(ks) : https://rmr.spnbonline.com.my/Manual_Pengguna_RMR1M.pdf

Senarai Dokumen Yang Diperlukan
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan 
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua/bersama
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
  • Slip gaji terkini / surat akaun sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan(disahkan oleh ketua kampung, penghulu)
  • Surat akaun sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang. (disahkan oleh ketua kampung atau penghulu)
  • Surat akaun kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon (jika berkahwin)
  • Borang laporan tapak bergambar.
Pelan Rumah Mesra Rakyat

REKA BENTUK 1,000 KPS (SEMENANJUNG MALAYSIA)

REKA BENTUK 850 KPS (PULAU)


REKA BENTUK 750 KPS (SABAH/SARAWAK)



Harga / Sewa Bulanan RMR Mengikut Negeri dan Kawasan





Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMM), Bayaran Bulanan Serendah RM 300 Sahaja Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMM), Bayaran Bulanan Serendah RM 300 Sahaja Reviewed by Admin Mikah on 11/19/2020 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Sorry mahu tanya ni saya pemegang ekasih tapi kenapa kalau soal rumah atau kediaman tetap susah saya mahu dapat saya bukan ada tanah mahu buat rumah berbagai saya hanya minta kediaman untuk saya dan anak2 tinggal saya seorang ibu tunggal tapi kalau soal kediaman susah saya mahu dapat dari kerajaan walaupun berbayar seperti ppr?? Saya sekarang menyewa saja dan saya faham saya tidak layak untuk menerima bantuan rumah konon tapi masih memerlukan tanah.. Jadi tu jak lah luahan dari wakil ibu tunggal yg tiada tanah dan kediaman tetap.. Minta maaf sekar meluahkan..

    BalasPadam
  2. Maaf ye nk tanya pasal kwsp akaun 1 tu mane2 pencarum yg salah letak amaun blh mohon blk tk tuk cukup kan 10k

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,saya tiada tanah dan tiada rumah milik sendiri...tapi macam mana nak mohon perumahan murah ..nama bakcklist ..komitmen tinggi ..rumah mampu milik bawah 100k...susah nak dapat...mengikut kelayakan...ada pun..rumah flat...sudah berkeluarga..6 orng...umah flat agak kurang selesa...ingin juga ada rumah sendiri...tapi terasa tak mampu untuk miliki ..

    BalasPadam
  4. Sy seorg ibu tunggal dan kini tinggal bersama ibu sendiri yg juga bergelar ibu tunggal juga...sy x mempunyai tanah mahu rumah sendiri..selama ini kami hanya menyewa rumah..dan kini menyewa dirumah flat dgn harga rm400 sebulan...adakah sy layak utk memohon Bantuan (RMM)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.