GKP 2.0 Akan Dibayar Bermula 30 November (Isnin)

 


Seperti yang sedia maklum, permohonon GKP 2.0 telah dibuka bermula 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2020. Manakala, semakan permohonan boleh dibuat pada 27 November lalu.

Tarikh Pembayaran Bermula ?

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pembayaran bermula
  • 30 November 2020 (Isnin)
Bayaran ini akan dibayar kepada hampir 304,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang layak.

Jumlah berkenaan adalah lebih daripada sasaran asal iaitu 200,000 mikro PKKS.

Adakah Pembayaran Secara Berperingkat ?

Ya, sudah tentu. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat. Ini bermaksud, tidak semestinya pada 30 November nanti seramai 304,000 penerima akan menerima bayaran. Pembayaran sama dilakukan seperti BSH, BPN dan GKP 1.0.

Jika anda belum menerima bayaran pada 30 November, sabar. Anda hanya perlu tunggu beberapa hari selepas itu.

Cara Pembayaran ?

Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan ketika permohonan GKP 2.0

Semakan GKP 2.0 ?

Anda belum membuat semakan ? atau mau buat semakan untuk kali kedua ?
Semak disini :

GKP 2.0 Akan Dibayar Bermula 30 November (Isnin) GKP 2.0 Akan Dibayar Bermula 30 November (Isnin) Reviewed by Admin Mikah on 11/28/2020 Rating: 5

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.