Kerajaan Setuju Teruskan Elaun Khas Dan Tambah Bantuan One-Off Berjumlah ....



Pada pembentangan bajet Belanjawan 2021 lalu, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan elaun khas RM 600 ringgit sebulan kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pandemik Covid-19 berakhir.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju memberikan one-off sebanyak RM 500 kepada semua petugas barisan hadapan KKM pada tahun hadapan.

Hal ini adalah untuk menghargai jasa mereka yang 24 jam berbanting tulang melindungi rakyat daripada Covid-19 sejak awal tahun 2020.

Perkara tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di dalam dewan rakyat tempoh hari.

Bantuan ini dijangkan bakal memanfaatkan 100,000 petugas barisan hadapan KKM.

Terima kasih para frontliners yang telah sanggup berjuang demi melindungi kami. Semoga kalian sentiasa dilindungi olehNya.

Kerajaan Setuju Teruskan Elaun Khas Dan Tambah Bantuan One-Off Berjumlah .... Kerajaan Setuju Teruskan Elaun Khas Dan Tambah Bantuan One-Off Berjumlah .... Reviewed by Admin Mikah on 11/08/2020 Rating: 5

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.