Kes Bunuh : Rakan baik sempat ambil duit & alat solek selepas bunuh mangsa



Pihak polis menahan rakan sekolah kepada Allahyarham Siti Nur Surya Ismail yang ditemui meninggal dunia kesan kecederaan parah di bahagian anggota badan semalam.

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Sepurintendan Mohd Adli Mat Daut berkata, tangakapan wanita yang juga kenalan di sekolah mangsa dilakukan selepas dia hadir bersama ibunya je balai polis.

Dipanggil Untuk Beri Keterangan

Pada awalnya suspek yang berusia 19 tahun hadir bagi memberikan keterangan berhubung video kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwa memperlihat suspek datang ke rumah mangsa dengan menaiki motosikal.

Pagi tadi, jam 7:30 suspek datang ke Balai Temelong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

 Bagaimanapun, keterangan wanita terbabit mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gigitan pada lengan dan badan mangsa sebelum menahannya untuk siasatan lanjut jam 8:15 pagi

Berikutan penahanan itu, polis menjalankan siasatan di rumah suspek di Kampung Kubang Labu sebelum menemui beberapa barangan yang diambil daripada rumah mangsa termasuk wang tunai dan peralatan solek.




Mungkin Salah Faham Jadi Dendam

Menurut Mohd Adli lagi, menerusi keterangan yang diambil, berkemungkinan berlaku salah faham antara suspek dan mangsa sehingga berlaku pergaduhan.

Ketika bergelut, suspek dikatan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa tangan kiri mangsa sehingga putus

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan bukan samun dan bunuh selain disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Kesiksaan kerana membunuh.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang esok untuk permohonan reman. 

 

Kes Bunuh : Rakan baik sempat ambil duit & alat solek selepas bunuh mangsa Kes Bunuh : Rakan baik sempat ambil duit & alat solek selepas bunuh mangsa Reviewed by Admin Mikah on 11/03/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.