Pengkelasan Pendapatan Baru B40,M40 dan T20

 


Maksud Sebenar B40, M40 Dan T20 

Takrif atau kelas pendapatan isi rumah boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu B40 ialah isi rumah yang memperolehi pendapatan 40 % terendah daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia.

Manakala, M40 ialah isi rumah yang memperolehi pendapatan 41% kepada 80% daripada keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia.

Dan T20, isi rumah yang memperolehi pendapatan 20% tertinggi daripada jumlah kesuluruhan pendapatan rakyat Malaysia.

Pendapatan Golongan B40


Golongan B40 atau Bottom 40 merujuk kepada pendapatan isi rumah 40% terendah iaitu mereka yang berpendapatan purata isi rumah di bawah RM 4,849.00 yang merangkumi 2.91 juta isi rumah.

Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) iaitu kurang daripada RM 2,208 sebulan.

Pendapatan Golongan M40    


Golongan M40 atau Middle 40 pula merujuk kepada pendapatan isi rumah 40% pertengahan iaitu mereka yang berpendapatan purata RM 4,850 sehingga RM 10,959.

Pendapatan Golongan T20


Golongan T20 atau Top 20 merujuk kepada pendapatan isi rumah kumpulan 20% tertinggi iaitu mereka yang berpendapatan bulanan isi rumah purata RM 10,959 ke atas di Malaysia.


Pengkelasan Pendapatan Baru B40,M40 dan T20 Pengkelasan Pendapatan Baru B40,M40 dan T20 Reviewed by Admin Mikah on 11/30/2020 Rating: 5

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.