Penjelasan Penuh Berkaitan Pengeluaran RM 500 Akaun 1 KWSP

 

Apa Itu Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM 500

Kerajaan telah meluluskan pengeluaran simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bersasar sebanyak RM 500  sebulan untuk tempoh 12 bulan / setahun.

Jumlah pengeluaran sehingga 12 bulan ialah RM 6,000 bagi seorang.

Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari dan kemudahan pengeluaran Akaun 1, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM 12,000 bagi seorang pencarum yang berkelayakan.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP dijangka meringankan beban kewangan kepada hampir 600,000 pencarum yang terjejas.

Siapakah Yang Layak Untuk Membuat Permohonan ?

Dukacita dimaklumkan bahawa pengeluaran Akaun 1 tidak terbuka kepada semua pencarum. Info ini kami perolehi daripada pembentangan belanjawan semalam.

Pengeluaran RM 500 Akaun 1 adalah bersasar.

Menurut Menteri Kewangan, bersasar yang dimaksudkan kerajaan adalah hanya individu yang
  • kehilangan punca pendapatan
  • 600,000 ahli yang terjejas akibat Covid 19 (termasuk kehilangan pekerjaan dll).

 Cara Permohonan Pengeluaran RM 500

Anda boleh membuat permohonan pengeluaran RM 500 sebulan pada Januari 2021 di pejabat KWSP. 

Info berkaitan akan dikemaskini dari masa ke masa.

Soalan Lazim Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Berapakah jumlah pengeluaran Akaun 1 ?
RM 500 sebulan sahaja maksimum

Tempoh pengeluaran Akaun 1 KWSP ?
Pengeluaran boleh dibuat selama 12 bulan / setahun

Adakah pengeluaran i-Lestari akaun 2 diteruskan ?
Ya, masih diteruskan

Penjelasan Penuh Berkaitan Pengeluaran RM 500 Akaun 1 KWSP Penjelasan Penuh Berkaitan Pengeluaran RM 500 Akaun 1 KWSP Reviewed by Admin Mikah on 11/07/2020 Rating: 5

7 ulasan:

  1. Bolehkah memohon acc1 jika sudah memohon i-lestari..

    BalasPadam
  2. i-lesteri tamat mac 2021,adakah i-lesteri disambung lagi untuk setahun?

    BalasPadam
  3. Adakah kami sebagai Suri yg tak berkerja layak untuk memohon pengeluaran akaun 1 KWSP

    BalasPadam
  4. Kalau Tak samapi 10k boleh memohan Tak

    BalasPadam
  5. Sekarang masih boleh mohon tak..tq

    BalasPadam
  6. Macam mane pulak dengan bantuan BPR saya belum dapat lagi ni macam mane?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.