Permohonan i-Sinar Dibuka Disember 2020

 


Mengikut pengumuman terkini oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada penggulungan Belanjawan 2021 Khamis lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan ahli yang layak boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.

Pengeluaran RM 10,000 Dibenarkan

Alhamdulillah, pencarum KWSP akhirnya boleh menarik nafas lega selepas permintaan untuk pengeluaran KWSP RM 10,000 diluluskan.

Individu yang paling kuat membawa suara rakyat ini ialah Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dengan kebenaran pengeluaran tersebut, para pencarum boleh menggunakannya untuk membayar hutang, modal permulaan perniagaan dan lain-lain.

Perincian Penuh

Pihak KWSP akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu depan. Perincian tersebut termasuklah :
  • Cara mendaftar akaun i-Sinar
  • Cara membuat permohonan 
  • Dan lain-lain
Tarikh Pembayaran Dimulakan

Sekiranya permohonan anda telah diluluskan pada pertengahan Disember tersebut, kemungkinan besar anda akan dibayar sebulan selepas itu.

Semuanya bergantung dengan sistem pembayaran yang akan diumumkan oleh KWSP kelak.

Harapan Penulis Kepada Pihak KWSP

Penulis berharap pihak KWSP memudahkan segala urusan yang bakal dilakukan oleh pencarum. Lebih baik sekiranya kemudahan yang sama seperti i-Lestari diberikan. Hal ini kerana hampir semua pencarum terkesan akibat pandemik COVID-19.

Kepada bakal penerima wang tersebut, penulis berharap anda menggunakannya ke jalan yang betul. Berjimatlah dengan wang itu selagi boleh atau mulakan perniagaan.


Permohonan i-Sinar Dibuka Disember 2020 Permohonan i-Sinar Dibuka Disember 2020 Reviewed by Admin Mikah on 11/27/2020 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Macamana nak daftar i sinar?

    BalasPadam
  2. Terbaikk..๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘semoga di permudah kan segala urusan๐Ÿ™

    BalasPadam
  3. Hi.. Mohd Rafendi Nadrol Bin ARIPIN n 900312115637 ni.. Nk kwsp i-sinar rm10k

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.