KWSP telah mengeluarkan sebuah notis rasmi berkaitan maklumat rasmi berkaitan i-Sinar. Sila baca maklumat di bawah. PROGRAM i-SIN...
Sila baca maklumat di bawah.
PROGRAM i-SINAR
1. Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semasa penggulungan Belanjawan 2021 pada 26 November 2020, program i-Sinar :
- Adalah terbuka kepada semua ahli KWSP yang telah terjejas pendapatan mereka : dan
- Ahli yang memenuhi kriteria boleh memohon untuk membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM 10,000 atau RM 60,000 mengikut kategori dan jadual pembayaran yang akan ditetapkan.
2. Permohonan hanya akan dibuka kepada ahli pada pertengahan bulan Disember 2020.
3. Perincian mengenai kriteria kelayakan, permohonan dan pembayaran akan dimaklumkan pada minggu hadapan.
AHLI DIGALAKKAN MENDAFTAR DAN MENGAKTIFAN i-AKAUN
CARA MENDAFTAR i-AKAUN
- Dapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui :
- Kios KWSP; atau
- Kaunter KWSP
CARA MENGAKTIFKAN i-AKAUN
- Aktifkan i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/
- Gunakan ID dan Kata Laluan sementara tempoh 30 hari.
COMMENTS