Belanjawan 2021 : Senarai Penambahan Jumlah Bantuan JKM Bagi Tahun 2021



Penambahan jumlah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) baru diumumkan tadi oleh Menteri Kewangan.

Disclaimer : Informasi yang diberikan adalah  sahih. Penulisan informasi adalah disahkan oleh pihak kerjasemasa.com 

Walaupun penambahannya tidak seperti khabar angin sebelum ini iaitu RM 1,000 tetapi ia mampu membantu penerima dengan lebih.

Berikut merupakan kadar bantuan JKM baharu yang telah ditambahkan.



1. Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin

Penambahan kadar bantuan kanak-kanak daripada RM 100 seorang kepada RM 150 dan RM 200
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat bantuan RM 150 seorang.
  • Manakala, kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapat bantuan RM 200 seorang.
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan 
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
2. Bantuan Warga Emas / Orang Tua

Penambahan kadar bantuan warga emas daripada RM 350 seorang kepada RM 500 seorang.
  • Kepada penerima bantuan JKM warga emas, anda akan menerima bantuan sebanyak RM 500 sebulan bermula tahun 2021
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Tidak tinggal di institusi JKM atau pusat jagaan harian.(ks)

3. Bantuan Penjagaan OKU / Pesakit Kronik Terlantar

Penambahan kadar bantuan penjagaan OKU / Pesakit kronik terlantar daripada RM 350 seorang kepada RM 500 seorang.
  • Kepada penerima bantuan JKM penjagaan OKU atau penjagaan pesakit kronik terlantar, anda akan menerima bantuan sebanyak RM 500 sebulan bermula tahun 2021
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa kepada OKU terlantar atau pesakit kronik yang memerlukan penjagaan rapi.
  • Pendapatan pemohon/penjaga tidak melebihi RM 3,000 sebulan
4. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

Penambahan kadar bantuan OKU tidak berupaya bekerja daripada RM 250 seorang kepada RM 300 seorang.
  • Kepada penerima bantuan JKM OKU Tidak Berupaya Bekerja, anda akan menerima bantuan sebanyak RM 300 sebulan bermula tahun 2021
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan
  • Tidak berdaya bekerja
  • Pemegang kad OKU



Belanjawan 2021 : Senarai Penambahan Jumlah Bantuan JKM Bagi Tahun 2021 Belanjawan 2021 : Senarai Penambahan Jumlah Bantuan JKM Bagi Tahun 2021 Reviewed by Admin Mikah on 11/06/2020 Rating: 5

9 ulasan:

  1. Pemegang kad oku,naikkan kadar bantuan b4o yang berumur 6o tahun

    BalasPadam
  2. Saya ada terimah bantuan kanak kanak rm 200 ,sekarang suami saya pun dah tak boleh bekerja,dia di buang kerja kerana penglihatan dia hanya 40 peratus aje,kenjing manis,darah tinggi dan masaalah jantung bengkak.
    Apakah suami saya boleh dapat kad oku dan bantuan?

    BalasPadam
  3. salam kenapa saya ibu tungal dan bantuan masih belum di terima.

    BalasPadam
  4. Salam.suami sya seorang oku yg trlantar tanpa ingatan..sya menjaga suami sya sepenuh masa.sya ingin brtanya kalau sya sudah dapat bantuan untuk anak dari jkm ada ke sya tidak layak untuk memohon bantuan lain dr jkm.seperti bantuan penjaga persakit yg trlantar atau bantuan yg ada kad oku..trima kasih

    BalasPadam
  5. Salam.suami sya seorang oku yg trlantar tanpa ingatan..sya menjaga suami sya sepenuh masa.sya ingin brtanya kalau sya sudah dapat bantuan untuk anak dari jkm ada ke sya tidak layak untuk memohon bantuan lain dr jkm.seperti bantuan penjaga persakit yg trlantar atau bantuan yg ada kad oku..trima kasih

    BalasPadam
  6. Saya warga mas 64 tahun.dpat bantuan am setiap bulan.saya x berkeja .tinggal sorang diri .x blh ke ditukarkan kebantuan orang tua

    BalasPadam
  7. Saya sebagai penjaga untuk anak oku Dan mempunyai dua budak kecil 1tahun kebawah ....memohon mAnual saya dibuat dari bulan 13/10/2020...tetapi sampai sekarang belum lagi dapat apa apa keputusan atau malumbalas dari JKM...di kawasan Ipoh perak .Saya berharap boleh mendapat bantuan secepat mungkin .....Terima Kasih

    BalasPadam

  8. salam kenapa saya ibu tungal dan bantuan masih belum di terima.

    BalasPadam
  9. Duit oku bulan 1 blom msok lgi area merlimau jasin melaka bulan dua dah msok

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.