Esok merupakan promosi jualan 11.11, Shopee dan Lazada seperti biasa akan hadir dengan pelbagai promosi yang menarik, potongan harga yang ...
Esok merupakan promosi jualan 11.11, Shopee dan Lazada seperti biasa akan hadir dengan pelbagai promosi yang menarik, potongan harga yang tinggi yang mampu menarik hati pelanggan.
Namun, ramai juga antara kita ingin mengetahui adakah diskaun barangan yang diberikan benar-benar diskaun atau tidak.
Sehubungan dengan itu, anda boleh menggunakan aplikasi Chrome iaitu AliPrice Shopping Assistant yang mampu memudahkan anda untuk memantau dan menyemak setiap perubahan harga di Shopee atau Lazada.
Apabila anda menggunakannya, anda boleh pantau perubahan harga barang tersebut sehingga setahun lalu.
Aplikasi ini juga boleh menghantar notifikasi kepada pelayar anda jika ia mengesan perubahan harga pada bila-bila masa mengikut perkara yang anda telah 'setting'
Anda boleh rujuk pautan di bawah untuk menyemak perubahan harga tersebut, boleh share kepada rakan2.
Sumber : wiser.my
COMMENTS