Bantuan Kanak-Kanak JKM Sehingga RM 200 Sebulan Setiap Seorang Bermula 2021

 


Bermula pada tahun hadapan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan mengikut jenis bantuan.

Bantuan Kanak-Kanak

Jumlah bantuan lama : 
  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
  • Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.
Jumlah bantuan baharu (2021)
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :
  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Malaysia
  • Keluarga atau penjaga kepada anak berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita
  • Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun
  • Bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas atau mana-mana kes yang boleh dipertimbangkan.
Cara Membuat Permohonan

LANGKAH 1 (ATAS TALIAN)
  • Layari laman web rasmi JKM : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.
  • Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi.
  • Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
  • Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang 'Keputusan'.
LANGKAH 2 (PEJABAT JKM)
  • Setelah berjaya langkah 1, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.
  • Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online dilakukan.
  • Anda juga perlu hadir  bersama borang permohonan yang anda muat turun melalui pautan di bawah :
Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti : 
  1. Salinan MyKad pemohon.
  2. Salinan MyKad/MyKid anak jagaan.
  3. Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri.
  4. Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro.
Bantuan Kanak-Kanak JKM Sehingga RM 200 Sebulan Setiap Seorang Bermula 2021 Bantuan Kanak-Kanak JKM Sehingga RM 200 Sebulan Setiap Seorang Bermula 2021 Reviewed by Admin Mikah on 12/10/2020 Rating: 5

9 ulasan:

  1. Tk faham mcm mna nak isi borang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Borang Kene print keluar dulu baru boleh isi. Nnti bawak borang pergi ke tempat yg dia bagitahu

      Padam
    2. Borang pun tak tau macamana nak ambil?

      Padam
  2. Mohan tapi x lepas mcm. . Alasan x munasabah...gaji x sampai rm2000 anak sek 3 org...tp x lps jg...

    BalasPadam
  3. selamat sejahtera ya. Saya sudah isi borong melalui talian. Wajib ke saya kena print kedua-dua borang yang diatas itu?

    BalasPadam
  4. ad ka bntuan kanak 2 ini temasuk dlm bntuan bpr? Ka lain " bantuan

    BalasPadam
  5. Sarawak takde pn dlm list bantuan untuk anak

    BalasPadam
  6. Dah mohon haritu.sy anak 5,sekolah 4 org,kerja seorg,golongan b40,tp x lulus..alasan x masuk akal..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.