Dividen ASB 2020 Merupakan Terendah Dalam Sejarah

 



Pengumuman rasmi dividen ASB telah diumumkan sebentar tadi oleh YBHG. TAN SRI DR. ZETI AZIZ.

Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember.


Dividen ASB Bagi Tahun 2020


Pengagihan dividen ASB adalah sebanyak 4.25 sen seunit dan tambahan ehsan (bonus) 0.75 sen seunit.

Dividen 2020 adalah rendah berbanding daripada tahun 2019 dimana pengagihan dividen adalah 5.00 sen seunit serta tambahan bonus 0.50



Jadual Pengagihan Dividen 


Jika kita bandingkan jadual pengagihan di atas, kita dapat ketahui bahawa dividen 2020 adalah terendah sepanjang ASB ditubuhkan.

Manakala yang tertinggi adalah pada tahun 1996.

Mari kita bandingkan sejarah pengagihan dividen bermula pada tahun 2015 sehingga 2020
  • 2015 - 7.25 + 0.5 sen / unit
  • 2016 - 6.75 + 0.5 sen / unit
  • 2017 - 7.0   + 1.25 sen / unit
  • 2018 - 6.5   + 0.6 sen / unit
  • 2019 - 5.0   + 0.5 sen / unit
  • 2020 - 4.25 + 0.75 sen / unit
Cara Pengiraan Dividen ASB 2020

Pengiraan berdasarkan dividen ASB 2017 di mana pengagihan pendapatan 7 sen + 0.25 sen bonus + 1.0 sen bonus ulang tahun PNB (terhad 10,000 unit sahaja).

Cara Pengiraan
  • Baki Minimum Bulanan (BMB) = Baki terendah diantara 1 hb sehingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • BMB baki setiap bulan akan ditentukan dahulu bermula Januari 2017 sehingga Disember 2017 (12 bulan)
  • BMB bagi setiap bulan akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 bulan (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12- Bulan (juga tahun dikenali sebagai Baki Minimum Tahunan)
  • Baki Minimum Tahunan yang diperoleh kemudiannya didarabkan dengan kadar dividen/bonus/bonus khas (terhad RM 10,000 pertama) untuk mendapatkan jumlah agihan pendapatan yang diperoleh
Ini bermakna purata BMB 12 Bulan 10,000 unit pertama, maka pelabur layak menerima agihan pendapatan sebanyak 8.25 sen seunit bersamaan RM 825.

Manakala bagi purata BMB 12 Bulan selepas 10,000 unit pertama, maka layak menerima agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit.



Dividen ASB 2020 Merupakan Terendah Dalam Sejarah Dividen ASB 2020 Merupakan Terendah Dalam Sejarah Reviewed by Admin Mikah on 12/23/2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.