Penjelasan Penuh CEO KWSP Berkenaan i-Sinar

 



Alizakri Alias merupakan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP atau lebih dikenali sebagai CEO. Menurutnya, kemudahan i-Sinar diperkenalkan bagi memperluaskan bantuan kepada pencarum selepas kemudahan i-Lestari dilaksanakan pada Mac lalu.

PENJELASAN PENUH BELIAU

"Kami faham situasi sekarang adalah waktu genting untuk kita menolong ahli-ahli untuk bertahan dan kita sebulat suara bersetuju mahu menolong ahli kita buat masa ini, usah cakap untuk masa hadapan".

Beliau menambah, "Itu sebab kita memperkenalkan i-Sinar dan i-Lestari untuk kita bantu mereka yang betul-betul terjejas akibat COVID-19,"

Alizakri turut menegaskan, KWSP bukan seperti institusi perbankan yang boleh mengeluarkan wang masing-masing pada bila-bila masa.

Sebaliknya, beliau berkata tujuan penubuhan KWSP ialah bagi memastikan setiap pencarum mempunyai simpanan pada usia tua kelak.

"Memang saya tidak nafikan ini adalah duit ahli kita, tetapi KWSP bukan macam bank. Kalau macam bank, duit ahli boleh dikeluarkan pada bila-bila masa."

"Sebaliknya, KWSP ditubuhkan hampir 70 tahun lalu atas kebijaksanaan kerajaan terdahulu bagi memastikan rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai wang yang cukup pada usia tua,"katanya.
Penjelasan Penuh CEO KWSP Berkenaan i-Sinar Penjelasan Penuh CEO KWSP Berkenaan i-Sinar Reviewed by Admin Mikah on 12/04/2020 Rating: 5

10 ulasan:

  1. Kami org susah..kmi nak hak kmi..kmi tak tahu bila kmi mati..

    BalasPadam
  2. X payah fikir pasal masa depan..masa skrg pun sdh sulit..

    BalasPadam
  3. T0l0ng2 dlu 0rang susah b0s.cuba b0s d tmpat kami mesti b0s b'ia2 sngt2

    BalasPadam
  4. Jangan la ada bersyarat ...we also need money ...

    BalasPadam
  5. Bnyk yg memerlukan tu duit....bg ja lh duit dorang sndiri knapa nak letak syart lbh2.. klu diorang susa ada engkau tlg???duit sndiri bkn duit org..nak ambil duit sndiri on paya..ckp je lh duit tu hbis di telan kmu2 smua

    BalasPadam
  6. Untuk penyakit yg tngah melanda kita sekarang ni.semua rakyat sentiasa mudah berdoa semoga allah tarik ujian yang di beri.syukur dah banyak yg selamat.PM,menteri2 semuanya selamat dan negara pon bertambah aman.. alhamdulillah..
    Tetapi sekarang ni tok pimpin x boleh nampak ka yang rakyat tengah memohon,merayu longgarkan syarat2 pengeluaran i-sinar untuk bantu kami lapangkan dan sempurnakan hati rakyat.mmg kami masih bekerja..tetapi percaya lh.banyak rakyat yang masih belum stabil lg..mohon permudahkan permintaan rakyat,seperti mana rakyat brdoa untuk permudahkan urusan pm,menteri dan negara..mohon maaf..atas percakapan tidak sempurna.. Ok

    BalasPadam
  7. Kau gaji besar memamg lh tak ada hal dngn keadaan sekarang ini..tetapi kmi ini kerja restaurant makan basic rm1.5k sahaja dpt kh menampung kehidupan masa skg ni insentif pun kurang dsebapkn coustemer berkurang..

    BalasPadam
  8. Saya lihat kelayakan untuk option 1 ini bagi pencarum yang jumlah caruman dlm akaun 1 yang kecil dan tidak nampak pun kesusahannya kerana fengan pekerjaan yang mereka biat caruman tidaklah besar jadi cara pembayaran mudah untuk kwsp selesaikan. Yang jadi masalah sekarang ada pencarum yang sudah kehilangan pekerjaan @ kekurangan pendapatan adalah dari golongan yang mempunyai potongan tetap dan potongan dlm akaun 1 adalah tinggi. Tetapi disebabkan pandemic coovid 19 terus pendapatan mereka terjejas @ hilang pekerjaan dari awal pandemic hingga sekarang.Mereka ini datang daripada pelbagai sektor. Saya nampak jumlah kelompok yang kwsp senaraikan di atas adalah golongan yang tidak berapa aktif mencarum & ada yang mungkin sudah mula mempunyai pendapatan lain yang boleh membantu pendaoatan mereka berbanding golongan yang aktif mencarum serta mempunyai tabungan yang tinggi dlm akaun 1 tapi masih terkial2 mencari kerja contoh pekerja di sektor kilang, pekerja disektor komunikasi, sektor pernebangan, oil and gas dan lain2 yang rata2 caruman akaun 1 adalah tinggi. Sepatutnya golongan ini yang harus diberi keutamaan kerana duit simpanan mereka akaun 1 boleh membantu untuk bantuan awal sebagai modal jika berlaku keadaan kecemasan tetapi bila wujud syarat yang pelik2 seperti di atas ini membuat ramai orang seperti yang saya beritahu akan menjadi marah sebab sasaran yang kwsp utamakan adalah golongan yang kurang keutamaan. Saya amat berharap agar menteri kewangan boleh berbincang balik dengan lwsp supaya syarat tidak perlu dikenakan asalkan jika rakyat yang mencarum yerjejas tidak kira dari golongan yang mana boleh memohon. Tidak perlu tunggi sehingga januari 2021.

    BalasPadam
  9. Saya sokong beri lah I sonar, tidak perlu bersyrat bagai

    BalasPadam
  10. Itu duit pencarum dan bukan duit kwsp, atau kwsp sudah habis dana,, kwsp guna duit rakyat untuk labur saham..... Semoga dosa2 rakyat yg tak sempat merasa duit mereka di kwsp kamu yg tangung di akhirat kelak... Dasar penipu punya kwsp.... Duit sendiri susah nak bagi keluar banyak alasan dari ceo...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.