Bermula 2012 pada setiap awal tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan bantuan one-off kepada murid yang bersekolah ...
Bermula 2012 pada setiap awal tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan bantuan one-off kepada murid yang bersekolah rendah serta menengah.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan yang mula diperkenalkan mulai 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Kadar Bantuan
Jumlah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ialah RM 100 bagi setiap orang. Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off sahaja.
Oleh itu, jika anda memiliki 4 orang anak dan menetapi syarat kelayakan yang dikenakan, anda bakal menerima RM 400 bagi 4 orang anak.
Syarat Kelayakan
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut :
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah / ibu bapa murid hanyalah RM 3,000 dan ke bawah sahaja mengikut tahun semasa.
- Murid haruslah warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan oleh JPN)
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa)
Bantuan Ini Diberikan Kepada Anak-Anak Yang Bersekolah Kerajaan Dari :
Sekolah Rendah
- Darjah 1
- Darjah 2
- Darjah 3
- Darjah 4
- Darjah 5
- Darjah 6
Sekolah Menengah
- Tingkatan 1
- Tingkatan 2
- Tingkatan 3
- Tingkatan 4
- Tingkatan 5
Cara Memohon BAP
Ibu bapa atau murid tidak perlu membuat permohonan ini kerana pihak sekolah akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak.
Murid yang layak akan menerima borang dan ibu bapa perlu isi. Pembayaran akan terus dikreditkan terus ke akaun penerima atau secara tunai.
PERHATIAN !
Kepada ibu bapa yang merasakan anak mereka layak menerima bantuan BAP tetapi tiada dalam senarai yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, anda perlu rujuk kepada guru kelas atau pihak sekolah.
Terima Kasih kerajaan yg perihatin.
BalasPadamTrma ksh ats info yg bermanfaat dari kerajaan yg prihatin dgn rakyat
BalasPadamTerima ksh atas info...terima ksh juga kepada kerajaan atas bantuan yg diberi..diharap bantuan ini dpt membantu golongan berpendapatan rendah..
BalasPadamAlhamdulillah dah msuk duit 1k tq
BalasPadamKena apply apa ye
Padamuntuk anak2 bantuan ank2 sek tak pernah dapat pada hal masa tue ank 5 orang sekolah...hampeh...
BalasPadamTerima kasih kepada pihak kerajaan kerana perihatin masalah rakyat
BalasPadamDari darjah 1 sampai darjah 5 anak sy tak ada bantuan apa2, sedang kan org lain dapat, Kenapa?
BalasPadamBagaimana cara nk mohon bntuan awal prskolahan dlm PKP nie
BalasPadamMse pm najib ade dpt,lps dh tukar tun m xdpt dh smpi skrg.gaji bwah 3k,xde rezeki dh utk bntuan tu,
BalasPadamBukan warganegara tapi bapa warganegara boleh dapat kah
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamTerima Kasih
BalasPadamSaya tak pernah DPT 1 hingga 4 tahun
BalasPadam