Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

 


Sedia maklum bahawa permohonan baharu dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah dibuka bermula 15 Januari Hingga 15 Februari 2021.

Artikel ini merupakan panduan kepada mereka yang ingin membuat kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Anda perlu rujuk panduan di bawah.

BPR 2021

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR merupakan satu bantuan yang telah ditambah baik dan diberikan nama baharu. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang mampu memberikan manfaat kepada golongan isi rumah serta bujang.

Siapakah Yang Boleh Membuat Kemaskini BPR ?

Terbuka kepada semua golongan yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020) atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang mempunyai pendapatan RM 5,000 dan ke bawah bagi Kategori Isi Rumah.

Manakala, mempunyai pendapatan RM 2,500 dan ke bawah bagi Kategori Bujang.

Kepada yang tidak pernah menerima bantuan di atas, anda perlu membuat permohonan baru BPR. Sila rujuk disini Permohonan Baharu BPR.

Anda Perlu Membuat Kemaskini Sekiranya 

1. Status Perkahwinan berubah

Sebagai contoh, jika dahulu anda bujang semasa menerima BSH 2020 dan BPN 2.0 tetapi kini anda telah berkahwin. Anda perlu membuat kemaskini.

Begitu juga kepada pemohon yang status perkahwinan berubah daripada berkahwin kepada bercerai / kematian pasangan.

2. Penambahan anak

Jika dahulu sewaktu BSH 2020 dan BPN 2.0 anda hanya mempunyai seorang anak tetapi kini telah bertambah kepada dua orang anak. Anda juga perlu membuat kemaskini.

3. Perubahan nombor telefon

4. Perubahan akaun bank

Jika dulu anda menggunakan Bank Islam tetapi kini anda telah menggunakan Maybank. Anda perlu melakukan kemaskini.

Sekiranya tiada perubahan, anda tidak perlu membuat kemaskini dan tunggu sahaja pembayaran BPR dilakukan.

Cara Membuat Kemaskini BPR

  1. Layari portal rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Klik pada 'Log Masuk'
  3. Masukkan nombor kad pengenalan.
  4. Seterusnya, anda akan diminta untuk sahkan akaun anda dengan menjawab soalan-soalan yang diberikan. Sila jawab dengan teliti.
  5. Kemaskini maklumat yang diperlukan. Anda perlu muat naik dokumen sekiranya perlu.
  6. Klik 'Teruskan'
  7. Sahkan maklumat dan klik 'Hantar'.
  8. Permohonan kemaskini anda berjaya dihantar.


Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Reviewed by Admin Mikah on 1/17/2021 Rating: 5

17 ulasan:

  1. Sekiranya tak ada perubahan, kena kemas kini juga kah ?

    BalasPadam
  2. Dh msk rp service unavailable

    BalasPadam
  3. Nak kemaskini status bujang ke kahwin . Tp bila taip nama isteri , keluar pula pemohon atau pasangan telah wujud di permohonan lain ??

    BalasPadam
  4. Jika maklumat tidak berubah,adakah perlu untuk kemaskini.harap maklum

    BalasPadam
  5. Sye ade 3 orng ank...seorng sudh berkhwin...tp bilea sye cek peemohonn suami sye...yngvtersenarai dalm tanggugn suami hanye seorang ank..yng bongsu...bile saye nk kemaskini n tmbh nma ank yng lgi 1 x boleh..kenape ea

    BalasPadam
  6. Sya ibu tunggal,dua anak,pernah kemaskini dlu bpn ni..dokumen sokongan juga saya ada hntr ke lhdn d johor dlu..tpi bila sya cek maklumat,hanya sorg anak saja masuk tggungan,knapa ye?..nk kemaskini maklumat anak pun tak dpt..

    BalasPadam
  7. Kalo dh pernah dpt BSH dan BPN perlu mohon semula untuk BPR ke..

    BalasPadam
  8. Bagaimana pula nak letak status hubungan bila mana seseoang perempuan di gantung tak bertali? Klau ikutkan dikatakan BERKAHWIN.. tapi sebenarnya tak bersuami.. Segalanya tanggungan sendiri.. Kemudahan ibu tunggal tak dapat.. Sedangkan hidup dah macam ibu tunggal..?

    BalasPadam
  9. Bagaimana pula seorg ibu tunggal

    BalasPadam
  10. Bagaimana pula seorg ibu tunggal

    BalasPadam
  11. klu saya lupa password kemudian account sya disekat,, adakah BPR masih boleh masuk ke account sya??

    BalasPadam
  12. Bgaimanakah cara utk kemaskini penambahan anak???

    BalasPadam
  13. bagaimana nak mohon bpn? saya tak tahu

    BalasPadam
  14. Adakah bpr kali ni masih wajid masuk akaun isteri

    BalasPadam
  15. salam maaf nak bertanya saya dah isi borang bpr tapi kenapa bila nak isi nama umur dan status tidak bolih ye

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.