Permohonan i-Sinar bagi kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari 2021 (Isnin).
Berikut merupakan panduan untuk membuat permohonan i-Sinar untuk kategori 2.
Syarat Kelayakan
Terbuka kepada ahli yang masih bekerja (ks) tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020).
Dokumen sokongan :
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
- Dokumen sokongan seperti penyata bank juga boleh diberikan.
Cara Permohonan i-Sinar Kategori 2
- Layari portal rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/
- Klik kolum Permohonan Baharu
- Seterusnya, isi Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit
- Klik Teruskan
- Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan
- Tetapkan Amaun Pilihan
- Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan Teruskan
- Lengkapkan Maklumat Pemohon yang Wajib diisi
- Lengkapkan Maklumat Pembayaran
- Lampirkan Dokumen Sokongan
- Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan sebelum tekan Hantar
- Permohonan telah diterima dan akan diproses
Cara Untuk Masukkan Dokumen Sokongan
- Anda hanya perlu memuat naik dokumen secara online sahaja bermula 11 Januari 2021.
- Pastikan gambar yang anda ambik mudah untuk dibaca.
- Jika anda ingin me
muat naik menggunakan fail, pastikan fail tersebut benar dan boleh dibuka.
Amaun i-Sinar Bagi Kategori 2
Berikut merupakan amaun yang anda boleh keluarkan dalam kategori 2 tetapi mengikut jumlah simpanan yang anda miliki.
Cara Membuat Permohonan i-Sinar Kategori 2
Reviewed by Admin Mikah
on
1/10/2021
Rating:

Yang dalam proses tunggu 21 hari bekerja
BalasPadamLulus ke atau tidak
Minte tolong 1shj selepas sy meninggal dunia klu lulus letakkan kt jenazah saya rakan kwsp orang Jual dadah dpt i-sinar terbaik
BalasPadam