Cara Mohon Baru Atau Kemaskini BPR Menggunakan Borang

 



Selain daripada memohon secara online anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan menggunakan borang yang disediakan oleh LHDN dan Kementerian Kewangan.

Permohonan Baru BPR

Terbuka kepada semua golongan yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020) atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang mempunyai pendapatan RM 5,000 dan ke bawah bagi Kategori Isi Rumah.

Manakala, mempunyai pendapatan RM 2,500 dan ke bawah bagi Kategori Bujang.

Siapa Yang Layak Mohon Di Bawah Kategori Isi Rumah Dan Bujang ?

1) Kategori Isi Rumah

  • Berkahwin (ada atau tiada anak).
  • Ibu bapa tunggal/balu/janda/duda yang ada anak.
  • Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 60 tahun dan ke atas.
2) Kategori Isi Rumah
  • Bujang yang berumur 21 tahun ke atas.
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tiada anak.
  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun sehingga 59 tahun.
Panduan Permohonan Secara Manual

  1. Anda perlu muat turun dan cetak borang permohonan tersebut. Dapatkan borang permohonan disini : https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
  2. Pada kolum 'Kategori Permohonan' anda perlu isikan nombor '1' untuk permohonan baharu.
  3. Anda perlu isi Bahagian A yang merangkumi maklumat peribadi, Bahagian B yang melibatkan maklumat pasangan, Bahagian C yang merangkumi maklumat anak, Bahagian D iaitu maklumat wakil dan Bahagian E yang merupakan perakuan pemohon. Anda haruslah masukkan maklumat yang sahih sahaja.
  4. Anda perlu tinggalkan atau jangan tulis di bahagian 'Akaun Penerimaan BPR' dan 'Untuk Kegunaan Pejabat'.
  5. Borang permohonan haruslah ditulis dengan SEMUA HURUF BESAR dan boleh dihantar terus cawangan LHDNM / UTC berdekatan anda.
Permohonan Kemaskini BPR

Terbuka kepada semua golongan yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020) atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang mempunyai pendapatan RM 5,000 dan ke bawah bagi Kategori Isi Rumah.

Anda Perlu Membuat Kemaskini Sekiranya 

1. Status Perkahwinan berubah

Sebagai contoh, jika dahulu anda bujang semasa menerima BSH 2020 dan BPN 2.0 tetapi kini anda telah berkahwin. Anda perlu membuat kemaskini.

Begitu juga kepada pemohon yang status perkahwinan berubah daripada berkahwin kepada bercerai / kematian pasangan.

2. Penambahan anak

Jika dahulu sewaktu BSH 2020 dan BPN 2.0 anda hanya mempunyai seorang anak tetapi kini telah bertambah kepada dua orang anak. Anda juga perlu membuat kemaskini.

3. Perubahan nombor telefon

4. Perubahan akaun bank

Jika dulu anda menggunakan Bank Islam tetapi kini anda telah menggunakan Maybank. Anda perlu melakukan kemaskini.

Panduan Kemaskini Secara Manual
  1. Anda perlu muat turun dan cetak borang kemaskini tersebut. Dapatkan borang permohonan disini : https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
  2. Pada kolum 'Kategori Permohonan' anda perlu isikan nombor '2' untuk kemaskini.
  3. Anda hanya perlu kemaskini sekiranya terdapat perubahan maklumat seperti yang dijelaskan
  4. Anda perlu tinggalkan atau jangan tulis di bahagian 'Akaun Penerimaan BPR' dan 'Untuk Kegunaan Pejabat'.
  5. Borang permohonan haruslah ditulis dengan SEMUA HURUF BESAR dan boleh dihantar terus cawangan LHDNM / UTC berdekatan anda.
Cara Mohon Baru Atau Kemaskini BPR Menggunakan Borang Cara Mohon Baru Atau Kemaskini BPR Menggunakan Borang Reviewed by Admin Mikah on 1/22/2021 Rating: 5

32 ulasan:

  1. Kalau tiada perubahan adakah perlu buat kemas kini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf sya juga tanya soalan yg sama seperti yg diatas

      Padam
  2. Saya mempunyai 2orang anak tapi kenapa dalam semakkan saya mempunyai 1 orang anak.perlu saya menghantar semula salinan surat beranak sekira nya telah mengisi di ruangan anak

    BalasPadam
  3. Knp sy masih blm dpt bpn lg...padahal dah lulus ....mcm mna nak check bila masuk dlm account?

    BalasPadam
  4. Nama dalam bsh perlu kah kemaa kini bpr statusnya masih sama

    BalasPadam
  5. Kemaskini yg dahulu nye tetap sama n tiada perubahan

    BalasPadam
  6. Sy ada membuat permohonan baru utk bpr, tp tdk dpt dwload dokumen sokongan, boleh sy hantar dokumen sokongan ke lhdn

    BalasPadam
  7. sy x de suami dia ikut perampuan lain. sy ade 2 ank. x pi sy x dpt bantuan... x boleh buat kemaskini

    BalasPadam
  8. Kalau yang tiada akaun bank mcm mna...sebab ada update dia ttp mnta akaun bank...

    BalasPadam
  9. Borang kemaskini maklumat di mana nak hantar?

    BalasPadam
  10. Kalau tak ada apa2 yg nk update kena isi jugak ke..atau tidak perlu sekadar bertanya tq

    BalasPadam
  11. Bgaimana cara membuat permohonan baru,sbb x prnh memohon

    BalasPadam
  12. Untuk yang. Menggunakan acc maybank memamg lambat ke

    BalasPadam
  13. Macam mana kalau untuk bantuan ibu tunggal ?

    BalasPadam
  14. Yg tiada perubahan ape2 perlu kemaskini juga ke

    BalasPadam
  15. Saya ade isi kemaskini borang on9.. Sy ada ank 3 org.. Y sulung brumur 19 taun pd taun ini... Tp nm dye xbole msuk.. Kataya tidak layak... Knp ye.. Bole trangkn.. Terima kasih

    BalasPadam
  16. STATUS SAYA BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK.
    SEJAK TIGA TAHUN LALU SAYA DAN SUAMI DAH TAK TINGGAL SEBUMBUNG LAGI TETAPI SAYA TIDAK DILEPASKAN. ANAK ADA DGN SAYA.MCM MANA DGN PERMOHONAN SAYA? SEBAB KEMASKINI NAK UPLOAD SIJIL CERAI ATAU PUN SURAT MATI..
    PERMOHONAN YG SEBELUM NI

    BalasPadam
  17. Saya k tnye m,Bpn m40 bujang bank BSN bila bole masok acc ba ye

    BalasPadam
  18. Saya nk tnye bpn m40 bujang bank BSN bila di cridjt kn yek

    BalasPadam
  19. Mcm saya,tiada apa² perubahan.Kena kemaskini ataupun tidak

    BalasPadam
  20. Saya penerima bsh dan bpn, ada saya nak megisi borang semula

    BalasPadam
  21. Says penerima bsh dan bpn, perlukah sata mengisi borang semula

    BalasPadam
  22. Status lulus,
    Tapi sy lupa kata laluan dan soalan keselamatan. Mcmana mahu kemaskini ya???

    BalasPadam
  23. Nk hubungi 1800882747 tak dapat Ada lagi tak yg saya boleh hubungi.

    BalasPadam
  24. Kategori bujang kenapa baki bpn2.0 belum dapat lagi

    BalasPadam
  25. Sy mohon bpn status kahwin tapi tahun 2020 bayaran ikut status bujang hingga sekarang

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.